Biasanya bila sebut tentang universiti, mesti kita terus terbayang sistem pembelajaran yang padat, subjek bertindih dan jadual kelas yang penuh setiap minggu. Inilah yang sering membuatkan pelajar lepasan sekolah menengah atau program pra-universiti berasa ragu-ragu dalam memilih institusi pengajian yang sesuai.
Kalau korang baru habis SPM, STPM, A-Level, AUSMAT, atau mana-mana program pra-universiti dan sedang mencari institusi pengajian berkualiti dengan ijazah dari Australia, universiti ini adalah pilihan yang tepat.
Pengambilan pelajar Malaysia bagi sesi Februari 2026 kini dibuka untuk Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Universiti Victoria, Australia di Kolej Sunway.
Universiti Victoria (VU) adalah sebuah universiti Australia yang unggul. Tersenarai antara 2% universiti terbaik dunia oleh Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026.
VU juga menerajui universiti awam di Victoria, Australia dengan pengiktirafan No.1 oleh Quality Indicators for Learning and Teaching (QILT) dalam dua aspek utama iaitu pembangunan kemahiran dan penglibatan rakan sebaya.
Selama lebih 30 tahun, Kolej Sunway telah menawarkan program twinning VU Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan kurikulum yang sama, sambil menjimatkan kos yuran pengajian dengan ketara.
Apa yang membezakan Universiti Victoria @ Kolej Sunway adalah pendekatan pembelajaran dan struktur programnya yang unik, termasuk:
VU Block Model®.
VU Block Model® menawarkan pengalaman pembelajaran unik, di mana pelajar perlu fokus pada satu subjek setiap empat minggu. Pelajar akan menjalani sesi kelas secara interaktif bersama pensyarah dan rakan sekelas.

Cara ini membolehkan mereka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan lebih mudah, menerima maklum balas segera dan melangkah ke subjek seterusnya dengan penuh yakin.
Kini pelajar boleh belajar tanpa tekanan dan tiada lagi masalah kekurangan masa sepanjang melanjutkan pengajian di universiti.
Ijazah Australia, Belajar Di Malaysia
Dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di VU @ Kolej Sunway, pelajar berpeluang mempunyai Ijazah berkualiti setara seperti di Australia pada kos yang lebih berpatutan, tanpa perlu belajar sepenuhnya di luar negara. Pelajar juga boleh menamatkan keseluruhan pengajian di Malaysia sambil kekal dekat dengan keluarga.

Selain itu, selepas menamatkan tahun pertama atau kedua di Kolej Sunway, pelajar turut mempunyai pilihan untuk menyambung pengajian di universiti terkemuka lain seperti University of Adelaide, University of Queensland, University of Western Australia, RMIT, atau University of Otago di New Zealand.
Program Yang Tersedia
Selari dengan keperluan industri global masa kini, program twinning Ijazah Sarjana Muda Perniagaan VU di Kolej Sunway menawarkan fleksibiliti bagi memilih single major atau double major.
Antara kursus single major yang tersedia:
-
Perakaunan
-
Perbankan dan Kewangan
-
Pengurusan Risiko Kewangan
-
Perdagangan Antarabangsa
-
Pengurusan dan Inovasi
- Pemasaran
-
Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik
- Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik
Selain itu, bagi pelajar yang ingin mengasah kemahiran dan ingin peluang kerjaya yang lebih luas, mereka boleh mengambil program di dalam double major yang disediakan antaranya:
-
Perakaunan dan Perbankan dan Kewangan
-
Pengurusan Risiko Kewangan + Perbankan dan Kewangan
- Perdagangan Antarabangsa + Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik
-
Pemasaran dan Perdagangan Antarabangsa
-
Pemasaran + Pengurusan dan Inovasi
Masa Depan Cerah Dengan VU
Ijazah bukan sekadar sijil, ia adalah pengiktirafan unggul yang akan dinilai di dalam dunia pekerjaan sebenar.
Pembelajaran di VU menekankan aspek praktikal dan relevan dengan industri, diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan graduan VU diiktiraf nombor 1 untuk kebolehpasaran menurut Employer Satisfaction Survey oleh Kerajaan Australia.
VU @ Kolej Sunway juga menyediakan sebuah program Unit Business Challenge yang membimbing pelajar VU mengubah idea menjadi realiti, dari penerokaan, perancangan kerjaya, hingga pelaksanaan perniagaan.

Setiap Langkah Bersama, VU With You
Pelajar bukan sahaja melangkah masuk ke universiti terunggul Australia, malah mereka diberi peluang untuk mengasah kemahiran bagi membina masa hadapan dengan yakin melalui pembelajaran berasaskan praktikal yang ditawarkan.

Dalam masa yang sama, pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran serta mengukuhkan kemahiran interpersonal dalam komuniti yang saling menyokong antara pensyarah, mentor dan rakan sekelas.
Bersedia untuk melangkah kehadapan? Kemasukkan pelajar bagi sesi Februari 2026 kini dibuka. Daftar sekarang dan mulakan langkah pertama ke arah ijazah bertaraf global serta masa depan tanpa batas.
Untuk maklumat lanjut tentang VU @ Kolej Sunway, boleh tengok website rasmi atau follow mereka di media sosial berikut:
