in

VTL Darat & Udara Malaysia-Singapura Dibuka Semula Bermula Hari Ini

Vtl Malaysia Singapore

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang ditangguhkan sejak 23 Disember lalu kini dibuka semula berkuatkuasa hari ini (21 Januari) menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Dalam masa yang sama, difahamkan penjualan tiket bagi perjalanan udara dan darat untuk laluan tersebut kini disambung semula. Namun, kuota tiket bagi kedua-dua perjalanan yang disediakan adalah separuh daripada kapasiti asal.

Tambah KKM, kuota tiket ini walau bagaimanapun akan ditambah dari semasa ke semasa, bergantung kepada keadaan terkini situasi Covid-19 di kedua-dua negara. Kepada pengguna yang telah membeli tiket sebelum ini untuk perjalanan selepas 21 Januari, mereka juga akan dibenarkan menggunakan VTL ini berdasarkan kuota baharu yang ditetapkan.

Vtl

Selain itu, pihak KKM turut mengingatkan kepada semua penggembara VTL untuk menjalankan ujian RTK kendiri pada hari ke dua, empat dan enam selepas ketibaan. Mereka juga diminta untuk menjalani ujian calitan yang dilakukan di klinik pada hari ke tiga dan hari ke lima.

Walaupun VTL ini disambung semula, pihak KKM meminta agar semua penggembara untuk terus mematuhi prosedur operasi standard yang diberikan bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan.

Klia Malaysia Singapore Vtl

Untuk makluman, semua pengusaha bas dan penerbangan di Malaysia telah berhenti menjual tiket ke Singapura melalui skim VTL selepas berlakuknya penularan besar-besaran varian Omicron di sana.

Namun, tinjauan kami di laman web Causeway Link ianya mungkin belum dikemaskini kerana tidak ada tiket yang tersedia.  Difahamkan, kesemua tiket untuk perjalanan sehingga 13 Februari telah habis terjual, manakala untuk perjalanan selepas 1 Mac akan dikemaskini kemudian.

Baca : Travel Naik Pesawat Tak Selamat Sebab Omicron Tengah ‘Mengganas’? Ini Yang Korang Patut Tahu…

Penerbangan Selamat Semasa Covid

Sumber: Prestige
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.