in

“Volunteer nak buat kerja dari rumah tanpa gaji” – Antara 5 Nasihat ‘Padu’ Wanita Ini Untuk ‘Orang Makan Gaji’

Kerja2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerja adalah tempat untuk kita mencari rezeki, jadi penting untuk individu itu ‘jaga diri’ supaya ianya tidak menggaggu sumber pendapatan kita. Namun begitu, ada juga perkara yang kita kena tegas dalam diri, tak salah nak berikan komitmen tapi perlu ada hadnya.


Ini kerana masa kita kebanyakkannya dihabiskan di tempat kerja (5 hari di kerja 2 hari cuti), rasa tak seronok kalau kita balik dah balik rumah tapi otak terngiang-ngiang pasal hal yang berlaku dekat tempat kerja kan?

Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, wanita yang dikenali Anis Jasmani kongsikan beberapa nasihat berguna untuk kita supaya elak daripada melakukan perkara-perkara ini di tempat kerja.

 

1. Reveal salary

1488823931 First Salary

Ye memang akan ada akak-akak penyebuk yang tanya gaji berapa, increment banyak mana. Diam je dan tak payah layan. Kalau nak jugak layan, boleh je. InsyaAllah esok satu office tahu gaji kita.

 

2. Join mengutuk orang

Giphy 6

Tak kisahlah betapa bencinya kita kat orang tu, bila ada orang lain yang turut sama membencinya bercerita, jangan menambah! Angguk je. Sikit je tambah, 5 minit kemudian orang dikutuk tu akan tahu.

 

3. Volunteer nak buat kerja dari rumah tanpa gaji

Cfdf05Da9B84Df4Bee2Cac92065Eeff8

Kata Anis, mungkin ia akan memberikan susah kepada kita kelak.

“Ye tahu kadang kau nak tunjuk kau terpaling efficient dan ikhlas, tapi ingatlah sekali kau volunteer, lepas tu kau orang pertama yang bos akan cari kalau ada masalah tak kira malam ke weekend.”

 

4. Cerita perihal keluarga pada officemate

Giphy 1 1

Nasihatnya lagi, kawan ditempat kerja tidak digalakkan jadi rakan karib. Ini kerana, jika berlaku pertelingkahan ia akan mengganggu kita kelak.

“Ingat ye colleague is colleague, tak payah nak bestfriend2 sangat kat tempat kerja. Nanti kalau ada tergaduh dah tak best nak kerja. Kita still nak cari rezeki kat situ. Astu takde mood, astu kerja tak efficient, astu serabut dan sedih.”

 

5. Layan lawak lucah

Tak kisahlah betapa arifnya korang pasal topik tu, kekalkan muka blur dan pura-pura pekak.

“Aku yang dah kahwin ni pun bila ada orang start melawak lucah, aku terus pura2 pergi tandas. Sebenarnya aku pergi kantin beli kek batik.”

Perkongsian yang berdasarkan 4 tahun pengalamannya bekerja ini, memang benar selalu berlaku di mana-mana syarikat. Jadi, cuba elak daripada melakukan perkara ini kerana ada kemungkinan inilah penyebab emosi kita terganggu.

 

Baca : “Dia buat mcm kucing je”- Lelaki Ini Selamba Tolak Buaya Yang Kacau Dia Kerja

Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.