in

Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan Lepas Jenama dUCk Dikecam Gara-gara Jual Koleksi Tudung Palestin

F4 Viviy Yusof Jelaskan Isu Tudung Palestine 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kecoh di media sosial apabila jenama tudung terkenal di Malaysia iaitu dUCk dikritik warganet apabila jenama berkenaan menjual koleksi tudung, mug dan beg Palestin.


Walaupun 100% keuntungan dari jualan tersebut akan disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina Malaysia namun ada sesetengah warganet tetap bersetuju.

Korang boleh baca artikel tentang isu terbabit kat sini.

Setelah kecoh diperkatakan di media sosial, pengasas dUCk iaitu Vivy Yusof akhirnya tampil untuk menjelaskan tentang isu berkenaan.

Menerusi Instagram Story, Vivy Yusof menjelaskan bahawa pihak mereka tidak mengambil sebarang wang dari koleksi dUCk Palestin yang terjual kerana semua keuntungan akan disumbangkan kepada Viva Palestina Malaysia untuk membantu hospital dari segi bekalan perubatan, makanan dan tempat tinggal untuk penduduk Palestin.

Whatsapp Image 2023 10 15 At 2.26.03 Pm

Selain itu, jualan itu juga tiada bayaran balik cukai atau tax refund.

Artikel Berkaitan: “Baik derma terus dekat NGO”- Jenama Tempatan Keluarkan Koleksi Tudung & Mug Palestin Tapi Dikecam Netizen?

Artikel Berkaitan: Jenama Vivy Yusof, dUck Sekali Lagi Dituduh Plagiat Jenama Tudung Instant Terkenal, Bokitta

Selain itu, Vivy juga mengatakan pihak mereka memutuskan untuk menjual koleksi Palestin berkenaan setelah ada pelanggan setia jenama tersebut yang meminta mereka menjual semula koleksi Palestin yang pernah dijual oleh mereka suatu ketika dahulu.

Ini kerana menurutnya, peminat-peminat setia jenama dUCk mahu memakai tudung yang menunjukkan tanda solidariti mereka untuk Palestin.

Jenama dUCk juga mengatakan mereka berharap koleksi tersebut dapat membantu untuk menyebarkan kesedaran kepada orang awam tentang isu di Palestin.

Dalam masa yang sama, Vivy turut menyeru orang ramai untuk menderma kepada mana-mana badan bukan kerajaan yang sah untuk membantu penduduk yang terjejas di Palestin.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.