VitaHealth dan Watsons telah melancarkan V-Style iaitu rangkaian nutrisi sukan yang direka untuk pemulihan dan perlindungan yang optimum.Pelancaran eksklusif ini menandakan pencapaian penting dalam kerjasama mereka untuk memperbaharui konsep kesihatan dan gaya hidup aktif.
Didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons di seluruh negara, V-Style mentakrifkan
semula nutrisi sukan dan kesedaran tentangnya. Ideal untuk semua individu, daripada mereka
yang bersenam secara ringan hingga atlet yang kompetitif, V-Style bukan hanya memberikan
penyelesaian untuk kecergasan tetapi juga menyokong pemulihan serta perlindungan otak, jantung, dan DNA.
Gabungan kecanggihan teknologi, bahan berkualiti tinggi dan sistem penghantaran yang maju, produk yang sangat berkesan dapat dihasilkan dan menetapkan tahap baru dalam kecergasan.
Dengan aliran kecergasan semakin popular, ramai yang teruja untuk menyertainya untuk kekal
bergaya dan tampak terbaik. Namun, tanpa strategi pemulihan yang lengkap, semangat ini boleh
menyebabkan latihan berlebihan dan risiko kesihatan serius, termasuk serangan jantung secara
tiba-tiba. V-Style mengatasi kekurangan ini, menawarkan sokongan yang tiada tandingan yang
membantu anda memacu had anda dengan selamat, mencapai prestasi maksimum, dan mengekalkannya dalam jangka panjang.
VitaHealth, jenama suplemen milik Australia, menawarkan rangkaian suplemen yang
komprehensif di pasaran utama di Asia Tenggara dan China. Dr KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif
VitaHealth, berkongsi keterujaannya, “Dengan lebih dari 70 tahun dedikasi terhadap nutrisi dan
kesihatan, kami amat gembira memperkenalkan V-Style sebagai bukti komitmen kami terhadap
inovasi dan pendekatan proaktif kami untuk memenuhi keperluan kesihatan moden.
Memandangkan pasaran nutrisi sukan terus berkembang, kami berbangga untuk
memperkenalkan V-Style dan kekal di hadapan dalam industri dinamik ini. Dengan
menggabungkan inovasi dalam kesihatan fizikal dan mental, kami sangat teruja untuk
mengembangkan kepakaran kami dalam nutrisi sukan.
Meraikan ulang tahun ke-77 kami dengan pelancaran yang berinovasi ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kami.”
Kerjasama antara VitaHealth dan Watsons menunjukkan usaha sama yang mantap, dengan
dedikasi bersama untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Menggabungkan
inovasi dalam pembangunan produk dari VitaHealth dengan kepakaran runcit Watsons yang luas,
kerjasama ini memenuhi keperluan pelanggan Watsons yang mementingkan kecergasan dan
kesihatan.
Dengan trend yang semakin berkembang untuk mengintegrasikan sukan dalam rutin
harian, permintaan terhadap suplemen berkualiti tinggi untuk latihan dan pemulihan semakin
meningkat. Perjalanan selama tiga tahun dari idea hingga ke pelancaran V-Style, merupakan satu
pencapaian utama dalam nutrisi sukan yang menetapkan piawaian baru dalam industri.
VitaHealth menekankan kepentingan inovasi dan keberkesanan. Untuk memastikan V-Style
memenuhi paiwaian tinggi ini, VitaHealth bekerjasama dengan Jabatan Sains Sukan di Universiti
Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) bagi menjalankan kajian klinikal untuk
menguji keberkesanan produk tersebut.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan Dan Kecantikan Asia
AS Watson, Caryn Loh, berkata, “Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1 secara dalam
talian dan fizikal (O+O) di Malaysia, komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan pelanggan adalah fokus utama kami. Pelancaran V-Style adalah satu pencapaian
besar dalam misi kami untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi. Kerjasama kami dengan
VitaHealth adalah selaras dengan dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan pemahaman
mendalam mengenai keperluan individu yang aktif.”
Majlis pelancaran tersebut berlangsung dengan sangat meriah, dengan upacara rasmi,
demonstrasi menarik tentang faedah V-Style, dan perkongsian berharga daripada ahli farmasi
yang telah mengalami sendiri kesan positifnya. Duta jenama VitaHealth dan pemain badminton
Olimpik, Pearly Tan, berkongsi pengalamannya: “V-Style membantu saya dalam proses latihan
dan pemulihan. Saya teruja untuk melihat bagaimana produk ini akan memberi manfaat kepada
orang lain dalam perjalanan kecergasan mereka.”
V-Style kini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan di laman web
mereka. Mulakan perjalanan kecergasan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan V-Style!
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website: https://www.vitahealth.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/vitahealthmy
Instagram: https://www.instagram.com/vitahealthmy/
TikTok: https://www.tiktok.com/@vitahealthmy