Semalam, viral di media sosial selepas pelakon Tiz Zaqyah ‘bersuara’ mengenai satu video komentari makanan dari Food Insider yang menunjukkan mereka membuat liputan mengenai sebuah kopitiam bertempat di Amerika Syarikat yang menyediakan makanan-makanan dari Malaysia.
Antara menu utama di restoran tersebut adalah Nasi Lemak, dalam video itu dilihat mereka menghidangkan nasi lemak di dalam mangkuk dan apa yang membuatkan Tiz Zaqyah terpanggil untuk retweet dan ‘bersuara’ adalah disebabkan cara makan..Lihat video dibawah
Depa tipu mat salleh macam ni.”
NASI LEMAK in a bowl with chopsticks?
That’s so fake. Dah keluar Malaysia, depa burukkan Malaysia, Depa tipu mat salleh macam ni ? https://t.co/xX9tDzKS0B— ?TIZZY???Solo Sapien??? (@TI25AQYAH) September 20, 2021
Dalam video itu, kelihatan orang ramai memakan nasi lemak menggunakan chopstick . Pendapat itu meraih hampir 5,000 jumlah retweets dalam masa sehari di Twitter, rata-rata setuju dengan pendapat pelakon utama drama Nur Kasih itu.
Tidak dinafikan ramai yang pelik kerana tekstur nasi lemak tidak sama dengan tekstur nasi di negara Asia lain seperti Jepun dan Korea yang boleh dimakan menggunakan Chopstick.
Selain itu, dapat dilihat pengusaha kedai makan itu ada memberikan maklumat yang salah mengenai komuniti LGBTQ di Malaysia.
Susulan dengan penularan video ini di Malaysia, salah seorang co-founder Kopitiam NYC ada berhubung dengan Tiz Zaqyah mengenai isu ini.
Kopitiam NYC minta maaf
The person who spoke wrongly about lgbtqs being hanged in Malaysia is no longer associated with the Kopitiam since the pandemic-she is not Malaysian too.They’ve informed the Insider to take down the video to fix the errors.”The misunderstandings were NOT intended” they apologised
— ?TIZZY???Solo Sapien??? (@TI25AQYAH) September 20, 2021
Kata wanita yang dikenali sebagai Kyo Pang menjelaskan bahawa individu yang memberikan maklumat tak betul itu merupakan bekas rakan kongsi kopitiam tersebut dan kini tiada kaitan dengan mereka.
Dalam pada itu, pihak Kopitiam NYC juga menjelaskan bahawa video daripada Food Insider itu merupakan video 2 tahun lepas dan kini mereka dalam rundingan untuk padamkan video tersebut.
Selain itu, pihak kedai makan tersebut akui banyak mesej dan info yang salah dalam video tersebut,

Dalam pada itu, pihak kedai makan tersebut telah memohon maaf kepada Tiz Zaqyah dan seluruh rakyat Malaysia mengenai perkara ini.
Oleh sebab itu, Tiz berharap agar isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi, sebaliknya beri sokongan kepada Kyo Pang dalam memperkenalkan makanan-makanan Malaysia di negara luar.
Baca : “Dah macam sauna” -; [VIDEO] Pemuda Kepanasan Sebab Tak Kena Aircond Buat Netizen Terhibur

