in

“Dah macam sauna” – [VIDEO] Pemuda Kepanasan Sebab Tak Kena Aircond Buat Netizen Terhibur

Ft Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah naik e-hailing kan. E-hailing adalah satu perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan penghantaran yang ditempah melalui aplikasi elektronik dalam telefon. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah pengangkutan awam, penghantaran makanan dan penghantaran parcel.


Dalam perkongsian @kyrelrosli, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya yang menunjukkan dia telah menempah pesanan perkhidmatan pengangkutan awam daripada satu syarikat yang e-hailing yang terkenal.

@kyrelrosli

Driver feeling snow, I’m feeling in sauna. I was sweating like hell 🥵

♬ original sound –

“Pemandu dalam salji, saya dalam sauna”

Tapi apa yang menarik tentang video ini adalah reaksi Kyrel Rosli atau Kyrel apabila kenderaan e-hailing yang dinaiki itu mempunyai penghadang antara penumpang dengan pemandu.

Korang tengok la reaksi dia! Penghadang tersebut menyebabkan Kyrel tidak merasa pendingin hawa daripada kereta itu. Dia kelihatan gelisah kerana kepanasan siap cakap macam dalam sauna lagi.

Disebabkan situasi pandemik Covid-19, pemandu e-hailing tersebut terpaksa meletakkan penghadang bagi memutuskan rantaian wabak berjangkit itu. Patut la dia letak.

“Berlecak ketiak”

Video pendek itu telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Kyrel, malah ada yang boleh relate dengan situasi tersebut.

Komen Kereta

Tapi ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan situasi itu kerana ia akan membuatkan penumpang rasa panas.

Yelatu dah la tak boleh buka tingkap.

Baca: “Langsung tak sama dgn kehidupan saya” -Lelaki Ini Nafi Dakwaan Dirinya Dalam Kisah Ustaz Facebook Viral

Ft Suami Ustaz Facebook E1632128666335

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.