in

Viral KKN Desa Penari, Ini MITOS Asal-Usul Hantu Badarawuhi

Ft Badawawuhi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem KKN Desa Penari kini sedang menjadi bualan hangat di media sosial, kalau kita lihat di TikTok seringkali potongan babak filem, suara muzik gamelan dari filem ini digunakan. Malah ada juga yang membuat pendedahan disebalik filem ini.


Ianya susulan dengan kes ada salah seorang penonton telah dirasuk ketika dalam wayang, ini kerana didakwa mantera yang digunakan dalam filem tersebut merupakan mantera yang sebenar. Walaubagaimanapun, masih belum tahu kesahihannya lagi.

Susulan dengan tularnya kisah ini, Team LM sebelum ini ada kongsikan bahawa filem ini berasal dari kisah benar dan ada buat pendedahan mengenai kejadian sebenar, kali ini min nak kongsikan mengenai salah satu watak hantu dalam filem itu iaitu Badarawuhi.

 

Badarawuhi

Seperti kita sedia maklum zaman dahulu kala memang sinonim dikaitkan dengan makhluk-makhluk halus.

Menurut sumber, Badarawuhi ini berasal daripada seorang wanita dari Jawa Tengah yang bernama Ratna Narekh, dia merupakan ketua kampung dan menjadikan dia orang utama dalam memuja SangHyang (memuja roh kuasa ghaib), ia menjadi tempat pesta menari dan lain-lain.

@bang.dimul

Tragis, inilah asal usul #badarawuhi ❗️? #kkndesapenari #kkndidesapenari #tiktoktainment

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Selain ketua kampung, Ratna Narekh juga merupakan penuntut ilmu daripada seorang pahlawan yang dikenali sebagai Prabu Airlangga. Nak dipendekkan cerita, tok guru Ratna ada bertarung dengan Mpu Barada dan tewas sehingga Prabu Airlangga mati.

Disebabkan itu, Ratna Narekh bersama murid-murid Airlangga yang lain terpaksa berpecah, kesemua murid Airlangga lari ke Bali, namun memandangkan Ratna Narekh ini murid paling muda, dia ke lari ke arah  Jawa Timur.

 

Ilmu hebat dapat kalahkan banyak Jin

Sepanjang perjalanannya ke sana, Ratna Narekh berjaya menakluki bermacam-macam jenis jin dan makhluk halus hasil daripada ilmu yang dia dah tuntut. Sejak kes lari itu, Ratna Narekh langsung tak pulang ke desa asalnya sebelum ini kerana telah ditakluki oleh Mpu Barada

Sumber juga mengatakan bahawa, dengan ilmu yang dia peroleh (ilmu Kadigjayan, satu ilmu Silat Jawa) itu jugalah membuatkan dia sentiasa awet muda walaupun Mpu Barada sudah meninggal dunia.

414228423

Suatu hari dia muncul di sebuah desa yang dinamakan Wonokromo, desa itu ‘dipegang’ oleh seorang ketua kampung yang suka memperalatkan wanita, tidak kiralah isteri orang sekalipun, dia tetap akan goda.

Mendengar kehadiran Ratna Narekh di desa tersebut, ketua kampung tersebut menawarkan Ratna untuk menginap di rumahnya dan Ratna terima tawaran tersebut.

Pada malam itu, ketika Ratna sedang tidur, cubaan ketua kampung dan dua orang anak buahnya  nak mencabul gagal apabila Ratna Narekh berjaya bunuh ketua kampung tersebut dalam sekelip mata, sejurus sahaja pintu biliknya dibuka.

Dengan kehandalan ilmunya itu juga, Ratna berjaya ‘menumpaskan’ anak buah ketua kampung itu, biarpun berjaya lari pada awalnya. Oleh sebab itu, Ratna Narekh telah menjadi ketua kampung tersebut.

Masa berlalu, Ratna akhirnya pulang ke pantai selatan, walaubagaimanapun tempat tersebut dijaga oleh para panglima dan pahlawan pantai selatan yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk menjaga ‘keharmonian’ pantai itu.

 

Angkuh sebab dah kalahkan banyak Jin 

Namun begitu, pada waktu dia dah pulang ke pantai tersebut, keadaan dah berubah dimana menari sambil diiringi oleh muzik gamelan adalah satu pantang larang di kawasan tersebut, ia bagi menghormati jin-jin yang mendiami kawasan tersebut.

Ia membuatkan Ratna Narekh marah kerana itu adalah hobinya dan langsung tidak takut dengan pantang larang tersebut kerana Ratna Narekh dengan angkuh mengatakan bahawa dia telah menumpaskan banyak jin sebelum ini, disebabkan itu, dia siap mencabar jin di pantai selatan itu dengan menari menggunakan gamelan agar mereka munculkan diri untuk bertarung.

Ilustrasi Badarawuhi

Ratna menentang jin tersebut namun kali ini dia tewas dan akhirnya mati, seluruh penduduk yang tak berdosa juga terbunuh.

Dipendekkan cerita, setelah Ratna Narekh mati, ada satu jin masuk ke jasad Ratna Narekh dan lahir lah Badarawuhi. Jelmaan wanita jelita yang memakai kebaya dan selendang hijau. Mudah membuatkan kaum adam tergoda dengannya.

Namun ketika dia marah jika dan ada orang kotorkan tempatnya, rupanya akan berubah dimana setengah badan menampilkan wanita bermahkota dan bawah adalah jelmaan ular.

Baca : Berdasarkan Kisah Benar Pada 2009, Ini Lokasi Asal KKN Di Desa Penari Yang Diteka Warga Indonesia

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.