in

View Chin Perjelas Isu Bercuti Di Bali Dengan Mira, Bukan ‘Honeymoon’ Tapi Untuk Berehat

Mira View Chin Bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lepas, isu rumah tangga influencer TikTok View Chin dan isterinya Shermine Hau menjadi bualan netizen apabila seorang lagi host TikTok iaitu Amirah Aqilah dikatakan menjadai orang ketiga dalam hubungan mereka.

Terdapat dakwaan dari pihak isterinya yang memaparkan beberapa bukti di mana View Chin pergi bercuti di Bali bersama Amirah Aqilah atau Mira ketika mereka masih bergelar suami isteri.


https://www.instagram.com/p/CmlGJ-IJlbq/

Menerusi laporan China Press, View Chin memberitahu dia bercuti ke Bali dengan teman sekerjanya itu untuk berehat dan menenangkan fikiran selepas mengetahui isterinya itu curang dengannya.

“Oleh kerana saya dan Mira adalah rakan sekerja, saya telah memberitahu kepadanya tentang rumah tangga saya. Dia memahami situasi perniagaan saya serta susah payah saya,” katanya.

Dia berkata bahawa Mira sentiasa menjadi orang yang boleh dipercayainya dan selepas mengetahui dia berada dalam mood yang tidak baik, dia menawarkan untuk pergi ke luar negara bersamanya untuk berehat.

Selepas sesi live di TikTok dia dan Mira selalunya akan keluar makan bersama sebagai ganjaran kepada diri mereka sendiri dan bufet hotel adalah salah satu pilihan mereka.

Selain itu, apabila ditanya mengenai barangan mewah seperti beg tangan serta kereta kepunyaan Mira yang didakwa diberikan olehnya, View Chin berkata kesemua itu adalah hasil usahanya sendiri dan beg tangan berjenama Gucci itu merupakan hadiah atas usaha kerjanya sendiri.

Hmm, makin panas pula cerita ni…

Baca: Plot Twist! View Chin Dakwa Shermine Sebenarnya Yang Curang ‘Saya Tak Curang’

View Chin Tuduh Isteri Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.