Baru-baru ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang wanita buat kecoh dalam kapal terbang.
Video yang dimuat naik ini telah mendapat sebanyak lebih 16 juta tontonan dan tanda suka sebanyak lebih 2 juta.
“Saya tak nak duduk sini! Jangan paksa saya!”
Dalam video ini, seorang wanita dilihat sedang memarahi pramugari di dalam salah sebuah kapal terbang yang bakal membuat penerbangan ke London.
Wanita ini meminta untuk ditukarkan tempat kerana tak mahu duduk di sebelah lelaki yang enggan menerima vaksin.
Saya tak nak duduk sini. Ia tak selamat. Awak tak boleh nak paksa saya. Saya kerja kuat, saya bayar tempat duduk saya dan sekarang nyawa saya akan terancam.
“Awak kena pindahkan dia. Awak nak hilang kerja? Nak saya telefon polis? Sebab sekarang ni awak sengaja letakkan saya dalam bahaya.
Dia dah bahayakan nyawa orang lain. Saya minta kad vaksin dia tapi dia tak ada sebab dia tak ambil vaksin!”
Namun, pramugari tersebut dilihat dengan tenang melayan “amukan” wanita tersebut dan mengatakan yang mereka tak boleh sesuka hati tukar tempat duduk hanya kerana wanita itu tak nak duduk sebelah seseorang.
Puan, kapal terbang ni penuh. Saya tak boleh nak tukarkan tempat duduk hanya kerana puan tak nak duduk dengan orang lain.
“Puan, kalau puan nak naik penerbangan ni, puan kena duduk. Ini tempat duduk yang puan bayar dan ini satu-satunya tempat yang tersedia.”
Wanita ini kemudiannya mengatakan yang pramugari tersebut telah melanggar undang-undang namun pramugari tersebut menjawab bahawa vaksin tak wajib diambil.
Tapi, wanita tersebut terus menegaskan yang dia tak mahu duduk bersebelahan lelaki tersebut kerana enggan menghirup oksigen lelaki yang tidak mengambil vaksin itu.
“Kita kena hormat satu sama lain”
Selepas pramugari yang bertugas tak boleh meminta wanita tersebut bertenang dan duduk di tempatnya, juruterbang telah turun ke kabin untuk menguruskan perkara ini.
Puan, saya faham macam mana mencabarnya untuk membuat perjalanan udara sekarang ini. Tapi, saya tak benarkan diskriminasi dalam kapal terbang saya.
“Vaksin atau tidak, kita patut hormat satu sama lain. Dan dapat dilihat, puan ada masalah untuk berbuat demikian.
“Jadi, tolong keluar dari penerbangan ini.”
https://www.tiktok.com/@jeloy_25/video/7025815877543038234?sender_device=pc&sender_web_id=6984273721524520449&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Selepas dihalau oleh juruterbang tersebut, wanita itu telah diiring keluar sambil penumpang lain memberi tepukan dan sorakan atas cara juruterbang tersebut mengawal situasi dalam keadaan tenang dan tegas.
Pilot tersebut kemudiannya meminta maaf atas kelewatan yang berlaku kepada penumpang-penumpangnya.
Saya minta maaf atas kelewatan yang berlaku. Kami akan cuba sedaya upaya untuk tiba di London, England tepat pada masanya.”
Memang profesional cara pramugari dengan juruterbang ni handle penumpang yang tengah marah ni.
Baca: Polis Ukraine Serbu Tempat Cetakan Sijil Vaksin Palsu, Siap Buat Siaran Langsung Kat TV