Satu keluarga berdepan dengan detik cemas apabila mereka hampir menjadi mangsa samun pada awal pagi tadi. Menerusi perkongsian daripada ahli keluarga mangsa, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak yang terletak di Lebuhraya Kesas kira-kira jam 1 pagi.
Detik cemas tersebut dapat disaksikan menerusi rakaman dashcam daripada kereta mangsa yang kini sedang tular di platform media sosial X.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pengarah Syarikat Kena Samun Ketika Di Lampu Isyarat, RM200K ‘Lesap’
Artikel berkaitan: Kieda Crepe Dedah Dalang Kes Samun, Dakwa Orang Yang Sama Rompak Kak KM
Dalam video tersebut, dilihat satu keluarga ini seperti baru lepas selesai isi minyak dan saat mereka mahu keluar dari kawasan stesen tersebut, ada sebuah kereta memotong mereka dan berhenti di sisi jalan sebelum didatangi oleh seorang lelaki bermotosikal yang tiba-tiba berhenti dan menghalang perjalanan mereka.
Lelaki tersebut bergegas ke arah kereta yang berhenti tadi dan menuju ke arah mangsa sambil membawa satu batang cota. Tanpa berlengah, mangsa segera lari dan menyedari bahawa kesemua individu dalam kereta merupakan konco-konco lelaki bermotosikal itu yang ingin menyamun mangsa.
Kejadian pkul 1 pagi tadi di petron highway kesas. Mak mertua dan kakak ipar sekeluarga hampir2 nak kena samun. Suspek bersenjatakan parang dan cota. Lebih kurg 4 org suspek yang terlibat. Sorg bermotosikal dan lg tiga orang menaiki kereta. No plat kereta dan motosikal tak nmpk. pic.twitter.com/vqBzZnl2Rj
— NAFAS (@nafasafiqah) August 7, 2024
Menerusi ruangan komen, ia telah mengundang kebimbangan warganet kerana ramai yang selalu singgah isi minyak di situ, malah ada juga yang marah dengan sikap suspak selain daripada menyatakan tindakan mereka jika berada di situasi sebegini.

Bagaimanapun mangsa dikatakan telah membuat laporan polis dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.

Malah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Pegawai Penyiasat Insektor Liew Wai Leong di talian 0146884167 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Sumber : X
