in

“Boleh kebakaran” – Pemandu Dilarang Tunggu Dalam Kereta Ketika Isi Minyak, Ini Sebabnya…

Petrol 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai ragam dapat dilihat ketika seseorang itu sedang mengisi minyak kereta. Ada yang memegang nozel seperti biasa dan ada juga yang mengangkut nozel pada penutup tangki minyak.

Pun begitu, orang ramai dilarang untuk masuk semula ke dalam kereta bagi mengelakkan terjadinya kebakaran.


Bahaya masuk balik kereta

Video yang dimuat naik oleh @altimatautogarage di TikTok, menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku hanya disebabkan pemandu yang ingin berehat seketika di dalam kereta sementara menunggu tangki minyak diisi penuh.

Artikel berkaitan: Ramai Beratur Nak Isi Minyak, Wanita Dikecam ‘Selfish’ Parking Di Pam Petrol Untuk Beli Barang

Artikel berkaitan: “Mula2 macam nak marah..” – Wanita Sebak Jumpa Lelaki OKU Minta Tolong Isikan Minyak Kereta

Apabila masuk ke dalam kereta, baju pemandu yang bergeser dengan tempat duduk boleh menyebabkan statik elektrik mengalir dalam tubuh badan.

Contohnya, kalau korang pegang besi, korang akan rasa kejutan elektrik sikit dekat tangan korang. Benda tu dipanggil electrostatic discharge.

@altimatautogarage

Awas!! Bahaya electrostatic discharge masa isi minyak!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircond #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifweekly #otomotifnet #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #carspotting #carscene #carshow #mobil #electrostatic #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Pegang dulu kereta 

Setelah minyak petrol siap diisi dan pemandu akan mengangkat semula nozel, akan berlakunya electrostatic discharge yang boleh mengeluarkan percikan api. Jika percikan api itu terkena wap minyak petrol, ia boleh mengakibatkan kebakaran.

Sebab itulah dekat pam petrol, sebelum isi minyak sentuh dulu kereta supaya statik elektrik daripada kereta akan mengalir ke badan kita dan turun ke bumi melalui kaki.

Petrol 4
Sumber: the star graphics

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman mereka ketika mengisi minyak di pam petrol.

Petrol 1

Ada juga yang mengaitkan info ini ketika memegang troli di pasar raya dan memegang pagar besi rumah.

Petrol 2

Petrol 3

Yang penting pegang dulu kereta kita…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.