Seorang lelaki disamun wang tunai sebanyak RM200,000 oleh sekumpulan individu bersenjata sejurus selepas mengeluarkannya dari sebuah bank.
Kejadian berlaku petang Isnin lalu di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Emerald, Seksyen 33, Shah Alam.
Artikel berkaitan: “Dua-dua pegang parang suruh aku berhenti” – Pemuda Ketakutan, Kongsi Detik Hampir Disamun Dekat Jalan Sunyi
Artikel berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Terperangkap Dalam Kenderaan Ketika Kereta Dilarikan Penyamun
Ketua Polis Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menerusi satu kenyataan berkata rakaman dashcam rompakan itu telah tular di media sosial, video berdurasi seminit itu memaparkan pemandu Perodua Kembara itu diserang sekumpulan lelaki.
Kes rompak Shah Alam pic.twitter.com/4GaR6JZV2O
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 23, 2024
Dalam kenyataan yang sama, difahamkan mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berusia 54 tahun yang bekerja sebagai peniaga barangan lusuh, dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika memberhentikan kereta yang dipandu seorang diri dipersimpangan lampu isyarat telah mengalami kerugian wang tunai milik syarikat sebanyak RM200,000.00 selepas membuat pengeluaran dari sebuah bank berdekatan,” tulisnya.
Kini, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan kesemua suspek bagi siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.
Sumber: Facebook, New Straits Times