in

[VIDEO] Wanita Ini Sanggup Berdiri 7 Jam Di Lubang Saluran Air Ketika Hujan Lebat Supaya Tiada Kenderaan Kemalangan

C3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang sanggup berdiri di tengah jalan dalam keadaan banjir kilat semata-mata untuk mengawal lalu lintas?


Wanita dari Mumbai, India ini sanggup berdiri selama 7 jam semata-mata untuk menghalang kenderaan daripada melanggar lubang saluran air. Lama gila wei!

C2

Kanta Murti merupakan seorang peniaga bunga di tepi jalan dekat kawasan Jalan Raya Tulsi Pipe. Ketika kejadian itu, dilaporkan keadaan hujan sangat lebat dan jalan sudah mula dinaiki air.

Akibat kejadian tersebut, khemah, bunga dan hasil jualannya juga telah hanyut dibawa arus

Buka Saluran Air Untuk Kawal Limpahan

Atas sifat ihsan yang ada pada dirinya, dia segara bertindak untuk menuju ke satu saluran air yang berada di tengah jalan untuk membukanya dengan harapan limpahan air akan mengalir ke dalam saluran tersebut.

Selepas dia membuka saluran tersebut, dia mengambil tindakan untuk berdiri dan mengawal lalu listas. Lapor OpIndia.

Ini adalah video kejadian daripada perkongsian Ravi Chander di Twitter.

 

Terima Sumbangan Lebih RM8 Ribu

Rentetan daripada kejadian tersebut, Murti telah mendapat perhatian media tempatan dan penduduk di wilayah India sehingga dia ditawarkan sumbangan berjumlah Rs 1.5 lakh (RM 8,425) daripada orang ramai menerusi hasil kutipan sumbangan sebuah portal berita tempatan Mumbai Mirror.

Kalau satu rezeki kita hilang pasti akan digantikan dengan rezeki lain selagi kita berbakti dan berbuat baik antara satu sama lain. Semoga jasa Murti ini sentiasa diingati dan menjadi teladan kepada orang lain.

Baca: “Masih ada yang sebaik kamu…” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Pemuda Ini Ikhlas Tolong Jaga, Mandikan Ayah Sudah Uzur

Comelnya

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.