in

Bawa ‘Sweater’ Arwah Ibu Ke Glasgow, Aznil Bidin Sebak Cipta Sejarah Hatrik Emas Sukan Komanwel

Syaz Ft 2026 07 27T163415.455

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Larian dan gandingan angkatan mantap badang negara, Muhamad Aznil Bidin sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara angkat berat kategori 65 kilogram (kg) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Namun, kejayaan kali ini ternyata memberi makna yang cukup mendalam dan berbeza buat atlet berusia 32 tahun itu berbanding penganjuran sebelum ini.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Glasgow 2026 (@glasgow_2026)

Artikel berkaitan: “Good luck, Malaysia!” – Sukan Komanwel 2026 Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan Batik

Artikel berkaitan: Hanya Pertandingkan 10 Jenis Sukan, Netizen Tak Puas Hati Sukan Komanwel 2026 Gugur Badminton & Terjun

Podium Pertama Tanpa Kehadiran Ibu

Berdiri megah di podium tertinggi, Aznil tidak mampu menyembunyikan perasaan sebak apabila ini merupakan kejayaan pertamanya di Sukan Komanwel tanpa kehadiran ibu tersayang yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Bagi mengubat kerinduan serta mencari kekuatan di bumi Glasgow, Aznil mengambil keputusan membawa bersama baju panas (sweater) milik arwah ibunya sebagai peneman serta ‘azimat’ pembakar semangat.

“Untuk dua Sukan Komanwel sebelum ini, arwah mak saya masih ada, tetapi kali mak dah tak ada, dia meninggal dunia tahun lalu. Saya bawa sweater arwah ke sini sebagai pembakar semangat.

Walaupun sudah tak ada doa ibu secara depan mata, saya sentiasa yakin doa ibu sentiasa ada bersama saya,” katanya dengan nada sebak.

Padam Rekod Legenda & Ukir Sejarah Baharu

Aznil mengesahkan keunggulannya menerusi angkatan keseluruhan sebanyak 299kg iaitu 133kg bagi snatch dan 166kg untuk clean and jerk di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo. Lebih membanggakan, ketiga-tiga angkatan tersebut berjaya memperbaharui rekod temasya!

Kejayaan ini sekali gus melengkapkan hatrik emas buat Aznil selepas mendominasi edisi Gold Coast 2018 dan Birmingham 2022. Pencapaian luar biasa ini turut memadamkan rekod legenda angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang sebelum ini memenangi dua pingat emas pada edisi Manchester 2002 dan New Delhi 2010.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.