Peningkatan kes harian Covid-19 di beberapa negara yang tidak menunjukkan sebarang penurunan membimbangkan ramai orang. Lebih-lebih lagi bila virus ini semakin ganas menyerang sesiapa sahaja tidak lagi mengira umur muda atau tua.
Seorang kanak-kanak lelaki di Thailand ini juga merupakan antara pesakit yang perlu dihantar ke hospital selepas mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 yang menular di negara itu.
Bapa sendiri yang hantar anak pergi hospital
Menerusi satu perkongsian video oleh penanam anggur di akaun Twitter miliknya, video itu menunjukkan seorang bapa tengah bantu anak dia angkat beberapa beg yang dipercayai mengandungi barang-barang keperluan anaknya ketika berada di hospital nanti.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1401145609818570753
Bukan apa, bapa dia kesian tengok anak dia tunggu ambulans lama sangat dengan beg pakaian dia lagi. Ibu bapa mana je tak sedih tengok anak diorang yang kecil lagi dah kena tinggal berjauhan dengan keluarga.
Tak sanggup tengok anaknya penat menunggu, bapa itu terus berpakaian PPE lengkap untuk hantar sendiri anak dia ke hospital selepas dipercayai ambulans yang sepatutnya ambil anak dia dikatakan terlalu lambat.
Video call anak untuk bagi semangat
Selepas anaknya ditempatkan di hospital, bapa kanak-kanak itu buat video call dengan kanak-kanak lelaki itu untuk beri kata-kata semangat kepada anaknya yang berada di hospital. Budak lelaki itu pun nampak gembira sangat bila ayah dia buat video call.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1401148569030062088
Walaupun duduk berjauhan, dia tahu yang ibu bapanya tetap akan beri semangat kepada dia untuk terus kuat melawan virus Covid-19 yang menyerang dirinya.
Kita doakan semoga kanak-kanak ini cepat sembuh dan boleh teruskan kehidupan dengan keluarga dia macam biasa.
Sumber: penanam anggur