Banjir di Johor ketika ini dikatakan agak kritikal dengan lebih 20,000 penduduk terjejas akibat bencana alam itu.
Susulan itu, semua pihak keselamatan daripada pelbagai jabatan telah dikerah memberi bantuan secepat mungkin kepada mangsa banjir yang terkandas.
Pun begitu, kejadian banjir ini bukan sahaja menjejaskan penduduk, malah pihak penyelamat juga turut terperangkap dalam banjir ketika dalam misi menghantar bantuan.
@apies__oren Alhamdulillah Bantuan Selamat Sampai…Sujud Syukur Sejurus Bantuan Tiba.. #banjirjohor #banjir2023 #banjir #fyp #prayforjohor
Tular satu rakaman video yang dimuat naik pengguna TikTok, @apis_oren menunjukkan seorang pemandu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terperangkap dalam banjir.
Menerusi video tersebut, pemandu itu ditemui sedang berdiri di atas bumbung kereta berwarna hitam sambil berpaut pada pokok kelapa sawit.
Apabila ternampak anggota penyelamat yang melakukan rondaan di sekitar situ, pemandu berkenaan melambai-lambai tangannya ke arah bot sebelum melakukan sujud syukur. Dapat dilihat, paras air banjir hampir menenggelamkan bumbung kereta itu.
“Menitis air mata tengok”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan menyatakan rasa syukur melihat situasi yang dihadapi pemandu terbabit.
Mari kita doakan agar banjir cepat surut dan cuaca bertambah baik.
Baca: “Unsung hero” – Individu Dipuji Sanggup Redah Banjir Demi Agih Makanan di PPS Johor