in

[VIDEO] Terpaksa Buang Buku Sebab Banjir, Ramai Terharu Lihat Kematangan Adik Ni Jawab Soalan Sukarelawan

10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang musim banjir yang melanda kita sebelum ini, banyak dah kita lihat orang-orang yang terjejas turut kehilangan barangan peribadi mereka. Bukan setakat orang dewasa, malah budak-budak pun mesti banyak yang kehilangan mainan yang mereka kumpul selama ni.


Melalui akaun Tiktok rasmi My FundAction, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tular satu rakaman melihatkan seorang budak lelaki yang sedang memilih buku sumbangan organisasi tersebut di Taman Sri Muda.

Apabila diajukan beberapa soalan oleh mereka, kematangan adik ini ketika menjawab soalan-soalan itu menambat hati orang ramai.

Menurut mereka, adik bernama Arash sedang mencari buku lukisan ketika salah seorang sukarelawan bertanya jika rumahnya terjejas akibat banjir. Budak lelaki itu kemudiannya menyatakan rumah mereka dinaiki air, dan mereka terpaksa membuang buku-bukunya yang rosak.

“Memang tak ada mainan”

Sukarelawan itu kemudiannya bertanya jika ada alat mainannya yang hilang atau rosak akibat banjir. Pada awalnya, Arash menidakkan persoalan itu, membuat semua yang menonton terfikir bahawa mainan budak lelaki itu masih dalam keadaan baik.

Namun, jawapan adik Arash menyentuh hati orang ramai apabila dia mengakui yang dia tidak memiliki sebarang permainan. Sayu je hati dengar suara dia…

Wakil kepada kumpulan sukarelawan itu kemudiannya mengiringi Arash pulang ke rumahnya, setelah budak lelaki menerima beberapa buah buku baru untuk menggantikan buku-buku lamanya yang telah dibuang sebelum ini.

Sebak mendengar pengakuan Arash sebelum ini, mereka pulang semula ke rumahnya untuk memberikan beberapa buah mainan kepada budak lelaki itu dan juga adiknya.

“Matangnya Arash…”

Ramai netizen di ruangan komen tersentuh melihat kematangan adik Arash yang tenang menjawab soalan-soalan sukarelawan itu. Itu mungkin pada luaran, dalam hati siapa yang tahu, kan?

Malah, ada juga netizen yang bermurah hati dan menawarkan mainan baru kepada Arash dan adiknya.

9 Vert

Sedih, kan? Ketika kanak-kanak lain mengadu yang mainan mereka hanyut, adik Arash pula langsung tak pernah merasa memiliki mainan. Semoga membesar jadi insan yang berjaya, dik.

Baca: Comel! Dah Tak Sama Kelas Dengan Best Friend, Budak Lelaki Tahan Nangis Minta Mami Tuliskan Surat Perpisahan

Capturex 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.