in

[VIDEO] Netizen Cair Tengok Bayi Comel Bisik Dekat Ayah Minta Susu

Fi Bisik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baby ni, buat apa pun comel kan? Walaupun nak jaga diorang tu satu benda yang memenatkan, tapi tak terasa penatnya bila tengok baby happy betul tak?


Lebih-lebih lagi kalau baby yang masih kecil baru nak belajar bercakap tu. Pelat-pelat comel geram betul!

Seperti perkongsian daripada seorang bapa ini melalui media TikToknya, gelagat bayi kecilnya menjawab pertanyaan si bapa itu telah pun membuat ramai cair!

@hendrizalmurad

Bila semua dh tidur,diaa pulakk kalut nak susu…adoii zafri…

♬ original sound – HendrizalMurad – ..HendrizalMurad..

“Bila semua dh tidur, diaa pulakk kalut nak susu…adoii zafri…”

Menurut perkongsian si bapa bernama @hendrizalmurad ini, bayi lelakinya yang dipercayai bernama Zafri itu dengan comel telah mengajuknya selepas ditanya ‘nak susu ke?’ dengan gaya berbisik.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, Zafri kelihatan seolah-olah sedang menjawab kembali soalan si ayah itu juga dengan gaya berbisik! Macam faham je semua orang dah tidur jadi tak boleh buat bising…

Di ruangan komen, bukan sahaja ramai yang memuji kecomelan si cilik ni, tetapi ada juga memuji kebijaksanaannya mengajuk kembali ayahnya itu.

Komen Bisik

Video berdurasi hanya 15 saat yang menunjukkan gelagat si comel Zafri ini telah pun mendapat perhatian ramai sehingga berjaya memperoleh sebanyak 792.5 ribu jumlah penonton!

Biasalah budak kecil ni cepat menyerap ilmu yang dia baru dapat. Sebab tu lah si comel Zafri ni ikut berbisik lepas ayah dia bisik padanya. Geram tengok pipi dia!

Baca: “Orang ke tu?”- [VIDEO] Seram! Netizen Tertanya-Tanya Penampakan Lembaga Jengah Bayi Ini

Fi Mata 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.