Baru-baru ini satu video TikTok yang lalu di FYP min telah tular kerana kelihatan seorang lelaki yang takut-takut lepas diusik oleh kawan-kawannya dengan sos cili.
Terhibur memang terhibur, tapi ramai di bahagian yang terkejut bahawa fobia terhadap sos sememangnya wujud. Fobia tersebut merupakan Mortuusequusphobia.
https://www.tiktok.com/@afafiqfahmi/video/7049699415187033371?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8bsjGGBIo2JKCoogwpvsIvnzEBoOy1eqv50LIw%2BBSkGss96sobnxMM4CY2GJgSdx5a%2BYrsQGtQEykfUtqGgA%3D&language=en&mid=7004133390647577371&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7049699415187033371&share_link_id=5bdd284e-c0d9-49f3-98be-54bb34593e4a&source=h5_t×tamp=1641535405&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Ternyata, ada lagi empat fobia terhadap makanan yang nampak biasa tapi sememangnya wujud tau gais! Jom kita explore keempat-empat fobia tu…
1. Acerbophobia – Takut dengan makanan masam
Ada tak kawan-kawan atau kenalan rapat korang yang tak boleh tengok limau purut ke, lemon ke? Kalau diorang sampai ke tahap menggigil atau menggeletar bila nampak buah-buahan yang masam, itu merupakan salah satu simptom yang mereka mempunyai fobia dengan makanan masam yang digelar acerbophobia.
Korang jangan buat main dengan fobia ni tau… Sebab ada kajian yang mengatakan bahawa orang yang mengalami acerbophobia ini akan mudah mendapat mimpi buruk dan akan berpeluh teruk kalau dekat dengan makanan masam.
2. Ovophobia: Takut dengan telur
Korang jangan terkejut tau,lagenda pembuat filem iaitu Alfred Hitchcock juga merupakan seorang yang mempunyai ketakutan terhadap telur iaitu ovophobia. Lebih tepat lagi, dia takut dengan putih telur dan itu telah menyebabkan dia mengalami kesukaran dalam menjalankan rutin hariannya.
Malah dia sendiri pernah memaksa dirinya untuk menyiapkan filem The Birds kerana mempunyai banyak babak yang memerlukan telur yang mentah dan yang telah siap dimasak.
3. Turophobia: Takut dengan keju
Orang yang mengalami turophobia ini sangat susah untuk lihat mereka makan pizza dan juga keju malah akan cuba sehabis baik mereka dari pergi atau dekat dengan kedai pizza. Difahamkan ketakutan mereka disebabkan oleh tekstur keju yang melekit dan rasa leleh cheezy.
Fobia ini bukanlah satu fobia yang boleh dikesan dalam hidupan seharian kerana hanya sebilangan dari mereka yang betul-betul takut sehingga mengelakkan diri dari ternampak keju walaupun hanyalah di dalam iklan.
4. Carnophobia: Takut dengan daging
Carnophobia merupakan sejenis ketakutan yang tinggi terhadap daging. Malah, ada yang pernah dimasukkan ke hospital kerana dirinya termakan daging tanpa disedari. Ini kerana diorang akan mudah diserang panik disebabkan ketakutan yang teramat sangat.
Walau bagaimanapun, orang yang mengalami fobia ini bukanlah vegetarian dan faktor takut kesihatan terjejas merupakan antara sebab tertentu ketakutan terhadap daging semakin menebal.
Jadi, kalau korang tahu kawan ada mengalami fobia-fobia ni, jangan sesuka hati nak mengusik tau… Sememangnya ini semua wujud cuma belum dapat dibuktikan dengan insiden di negara kita.
Sumber: Macdillan Dictionary, Mashed, Psych Times, Quora