in

[VIDEO] Suara Seperti Wanita Tetapi Berihram Depan Kaabah, Ramai Keliru Identiti Individu Ini Rupanya…

Suara Perempuan Tapi Berihram Di Kaabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kes usahawan kosmetik memakai telekung dan seorang individu pengkid berihram di Mekah, orang ramai nampaknya lebih berhati-hati apabila muncul video berkenaan golongan ini yang sedang menunaikan ibadah di Tanah Suci.

Terbaru kali ini, tular sebuah video yang memaparkan individu yang menggelarkan dirinya sebagai Cikgu Ery di TikTok sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah.


Video berkenaan mendapat perhatian netizen apabila ada yang mempersoal mengapa individu ini mempunyai suara seperti seorang wanita namun memakai ihram di hadapan Kaabah.

https://www.tiktok.com/@erycomel2022/video/7176402070549925122?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

“Suara perempuan konfius lah…” 

Disebabkan mempunyai suara yang agak lembut dan wajahnya juga kelihatan agak feminin, ramai di kalangan netizen berasa keliru dengan identiti Cikgu Ery ini.

Namun perkara ini pantas dijawab oleh netizen lain yang menjelaskan bahawa Cikgu Ery ini seorang lelaki dan dia sudah berubah ke arah yang baik.

Berubah Cikgu Ery

“Setiap kali nak masuk, saya diperiksa” 

Sedar dirinya menjadi perbualan netizen, Cikgu Ery atau nama sebenarnya, Mohd Khariri Mohamad Ramli berkata, dia telah tiba di Tanah Suci pada 8 Disember lalu dan ia merupakan umrah kali ketiganya serta telah mengerjakan umrah sejak tahun 2012 lagi.

Menurut mStar, ketiga-tiga umrah yang dilalui Cikgu Ery ini mempunyai dugaan dan rintangan yang berbeza. Namun umrah kali ini katanya lebih dahsyat ujiannya selepas  isu golongan LGBT yang viral di Tanah Suci dulu.

Untuk umrah kali ini, ujiannya lagi dahsyat. Sebelum ini kes-kes yang melibatkan usahawan kosmetik dan pengkid, jadi tempias tu berlaku pada saya. 

“Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini ‘tinggalan sejarah’, saya bekas mak nyah. 

“Tapi saya bukannya pakai jubah perempuan, bukannya pakai mekap, bukannya pakai bra cuma wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita,” katanya.

https://www.tiktok.com/@erycomel2022/video/7176075056844377371?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Namun Cikgu Ery akui dia sentiasa positif dengan apa yang berlaku, tak kiralah baik mahupun buruk serta yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Syurga Allah itu mahal. Jadi saya tidak pernah berputus asa dan saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu ibrah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cikgu Ery juga mengakui kes tular melibatkan usahawan kosmetik dan pengkid baru-baru ini telah memberi impak kepada golongan LGBT untuk berhijrah.

Saya rasa apa yang berlaku sebelum ini melibatkan rakyat Malaysai dalam kalangan LGBT memberi impak negatif kepada golongan itu yang nak berhijrah. 

“Kalau tak kuat, tak kental, mereka akan tertekan. Apabila balik Malaysia dan kembali menjadi lebih teruk daripada sebelum ini. Nasihat saya, back to Islam. Untuk berubah kita kena kenal Islam,” kata Cikgu Ery.

Apa-apapun didoakan semoga Cikgu Ery dan mereka yang ingin berubah terus kuat dan istiqamah. Selamat beribadah! 

Baca: Lelaki Tinggalkan Dunia ‘Mak Nyah’, Ceburkan Diri Buat Keranda

Mak Nyah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.