in

[VIDEO] “Suara bergetar macam nangis” – Netizen Sebak Dengar Suara Dr Hisham Bila Umum Kes Cecah 11k

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan angka kes yang mencecah sehingga lima angka dengan jumlah kes positif harian sebanyak 11,079 kes dicatatkan semalam.


Setelah sekian lama juga, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham telah pun membuat sidang media untuk mengumumkan kes positif harian tertinggi dicatatkan ini.

“Bergetar suara DG”

Selain ternanti-nanti untuk melihat kembali Dr Hisham membuat pengumuman kes Covid-19 di Malaysia, netizen turut perasan kesedihan dari raut wajah dan suara Dr Hisham di sidang media semalam.

https://twitter.com/_NazriH/status/1414879841166364675

Kalau korang tengok video dekat atas ni, korang boleh dengar suara Dr Hisham seakan bergetar bila buat pengumuman kes Covid-19 semalam. Mungkin disebabkan oleh kes yang dah meningkat sehingga ke 5 angka. Susah kot jadi orang yang sampaikan berita buruk…

“Memang sedihlah, Malaysia dah hampir menang”

Rata-rata netizen yang melihat video ini atau menonton sendiri secara langsung sidang media oleh Dr Hisham semalam turut merasa sebak tambah lagi bila melihat wajah Dr Hisham yang kelihatan sedih disebalik pelitup muka dan face shield yang dipakainya.

Screenshot 2021 07 14 At 12.51.13 Pm Down

Pun begitu, Dr Hisham ada mengatakan yang kes positif Covid-19 boleh menunjukkan penurunan ketara dalam masa dua minggu sekiranya kadar vaksin sekarang terus berada di momentum yang sama di Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Baca: “Boleh je kalau…” – Disoal Netizen Pasal Kes Akan Boleh Turun Dalam Seminggu 2, Ini Respon TS Noor Hisham

Kes4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.