in

[Video] Stesen Petrol Terbakar Masa Nak Isi Minyak Ke Tangki Bawah Tanah

Shellsibu

Kalau ada nampak stesen petrol letak kon untuk lori masukkan minyak ke dalam tangki bawah tanah tu, seeloknya jangan lah menghampiri kawasan tu, kesannya ia jadi macam satu insiden ni.

Satu video viral menerusi WhatsApp memperlihatkan sebuah stesen pam petrol terbakar diperayai angkara kecuaian pekerjanya.

 

Biarkan kenderaan lalu masa tengah isi minyak

Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Sibu, Sarawak kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Video itu kemudiannya tular di media sosial.

Menurut sumber, kebakaran itu berlaku ketika proses pengisian minyak ke tangki bawah tanah, puncanya apabila berlaku pengewapan semasa mengisi minyak jenis Ron 95 itu.

Sibu2

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata, pekerja terbabit tidak mengikut SOP yang betul ketika kerja pengisian itu dilakukan di mana perlu diletakkan kon di sekitar kawasan kerja-kerja itu sebagai penghadang daripada kenderaan lain lalu lalang.

Sibu

Jelasnya lagi, pekerja terbabit membuka penutup tangki lalu menyebabkan pengewapan, kemudian ada kenderaan masuk ke stesen berkenaan lalu mengakibatkan kebakaran.

Boleh tengok video  kejadian di sini.

Walaubagaimanapun, kebakaran itu telah berjaya dikawal di stesen minyak itu dengan menggunakan 11 biji alat pemadam api. Bahkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Baca : Rumah Warga Emas Di Thailand Ini Terbakar Lepas Guna Api Dapur Gas Untuk Takutkan Pencuri

Feature 3 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter