in

[VIDEO] Sporting Habis! Sebab Anak Takde Kawan Main, Pensyarah Ini Layan Mobile Legends

Fi Ml Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pastinya ramai yang pernah merasai pengalaman di mana akan ada sesi borak bersama guru atau pensyarah semasa kelas dijalankan. Kebiasaannya sesi ini akan berlaku ketika waktu take five atau beberapa minit sebelum kelas berakhir.


Yang penting, para pelajar akan cuba sedaya upaya melengahkan masa pensyarah supaya kelas cepat habis! Tetapi sebenarnya seronok dengar cerita mereka, bila dah asyik sangat itu yang sampai tak sedar waktu kelas dah habis.

Baru-baru ini, tular video seorang pensyarah sporting bercerita tentang online gaming Mobile Legends (ML) semasa di dalam kelas bersama pelajarnya. Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Matkuda di laman sosial Tiktok ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen!

@matkuda98

Lecture sporting abad ini. Lecture fspu ni boss #esekeli #fyp #salamdaribinjai

♬ original sound – Mat Kuda – Mat Kuda

Pensyarah Uitm Shah Alam yang bernama Dr Zarita ini lebih mesra dirinya dipanggil makcik oleh para pelajar. Di dalam video tersebut, beliau terlihat sangat rancak bercerita tentang permainan Mobile Legends setelah mendapat tahu salah seorang pelajarnya merupakan streamer permainan tersebut.

“Saya terpaksa layan sebab anak saya takde kawan” – Dr Zarita

Beliau memberitahu bahawa pada mulanya beliau terpaksa melayan minat anaknya untuk bermain permainan tersebut kerana anaknya tiada teman untuk bermain. Namun, lama-kelamaan beliau juga melayan kebanyakan live streaming permainan tersebut.

Yang membuatkan netizen lagi terpegun terutamanya dalam kalangan penggemar Mobile Legends ialah pensyarah ini mengenali kebanyakan team lokal Malaysia!

Komen Ml Full

Hebat betul Dr Zarita! Mesti favourite student ni…

Baca: Siapa kata main game takde masa depan?-Dengan Main Mobile Legends, Soloz Mampu Miliki Ford Mustang!

Baca Ml

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.