in

“Siapa kata main game takde masa depan?” – Dengan Main Mobile Legends, Soloz Mampu Miliki Ford Mustang!

Soloz Moloz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral dekat media sosial tentang seorang atlet e-sukan popular, Soloz selepas dia pergi showroom kereta mewah dekat Bangsar untuk tengok Ford Mustang.


Bergambar dengan kereta berharga lebih setengah juta ringgit, Soloz atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria mendapat pujian netizen kerana sikap rendah diri meskipun dia peroleh pendapatan yang tinggi sebagai atlet profesional Mobile Legends.

Sapa kata main game takda masa depan? Soloz siap boleh beli Ford Mustang GT500 lagi hasil titik peluhnya dalam arena E-Sukan.”

Pada 28 Januari lepas, Soloz ada upload gambarnya bersama dengan Ford Mustang GT500 berwarna merah dan semalam pengurus showroom itu pula upload gambar bersalam dengan Soloz seolah-olah menandakan kereta itu telah menjadi miliknya.

Netizen juga puji Soloz dengan penampilan dia yang sempoi, cuma pakai selipar je pergi visit showroom kereta mewah. Menurut Harian Metro, pengurus Soloz Nureddy Norsal berkata dia tidak boleh ulas lanjut tentang sama ada kereta itu dibeli atau ditaja.

Setakat ini, kami tidak boleh mengesahkan kenderaan terbabit ditaja atau dibeli oleh Soloz kerana ada beberapa perkara harus dibincangkan lagi.”

Soloz dikenali melalui platform media sosial dan Youtube kerana berjaya tarik ratusan ribu streamer lain untuk menontonnya bermain Mobile Legends atau PUBG. Berusia 27 tahun, pendapatan yang Soloz dapat daripada pembabitan dia sebagai pemain profesional Mobile Legends dikatakan mampu untuk dia beli sendiri kereta itu sama ada secara cash atau bayaran bulanan.

Sempoi pakai selipar, dia pergi showroom kereta mahal macam nak pergi lepak mamak je haha!

Baca: “Aku mampu bagi baju baru je” – Baru 19 Tahun, Netizen Puji Youtuber Terkenal Surprise Ibu Dengan RM10,000

Cupcake Aisyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.