Walaupun terpisah antara dua negara, masyarakat berketurunan melayu di selatan Thailand tidak melupakan asal usul serta identiti mereka.
Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan beribu masyarakat Melayu Thailand berkumpul di satu lokasi sekitar Pattani.
Apa yang menariknya, mereka yang hadir mengenakan bukan sahaja baju melayu, malah sebahagiannya siap bertanjak dan mengenakan keris serta samping.
@kakijalae Suasana #MelayuRaya di Pantai Taluban sangat meriah
♬ เสียงต้นฉบับ – KakiJalaeนักเดินเท้า – KakiJalaeนักเดินเท้า
Difahamkan, ia merupakan acara tahunan ke-10 Perhimpunan Melayu Raya yang diadakan di sana dan paling meriah pernah dianjurkan pada tahun ini dengan kira-kira lebih 30,000 orang yang hadir terdiri daripada lima wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkla dan Satun.
Malah menerusi perhimpunan itu juga, turut diadakan pelbagai acara yang menampilkan jati diri Melayu seperti persembahan silat, ikrar dan nyanyian.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya teruja dan bangga melihat kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri masyarakat Melayu di sana.
Namun, ada sebahagian netizen merasa sedih dengan membandingkan busana tradisi baju Melayu di sini semakin hilang dengan mengaitkan ramai lebih gemar memakai kurta dan jubah.
Pun begitu, ada yang menegaskan bahawa tradisi Melayu masih diteruskan di Malaysia walaupun sudah tidak ramai mengenakan baju Melayu atau busana tradisional.
Baca: Rekaan Baju Melayu Ada Maknanya Yang Tersendiri! Ini Rupanya Sejarah Disebaliknya…