Memang susah untuk kita nafikan, bahawa kewujudan ‘makhluk halus’ itu adalah benar. Walaupun ia susah untuk dilihat dengan mata kasar, tapi gangguan yang dilakukan seperti bunyi, ataupun jelmaan dalam sesuatu rupa, cukup membuatkan kita jadi seram sejuk.
Namun lebih menyeramkan, apabila penampakan sesuatu kelibat itu terakam di dalam kamera yang dibuat secara tak sengaja seperti kisah ini.
Ibu pergi ke tandas… Anak main kamera telefon
Sejak beberapa hari lalu, sebuah video menjadi bualan apabila viral selepas seorang anak kecil di Indonesia ini main kamera telefon ibunya.
Menerusi posting dimuat naik oleh @medinaninayara, dia menunjukkan rakaman yang tak sengaja dilakukan oleh anaknya sewaktu dia ke tandas waktu itu. Dalam video itu anaknya tengah bercakap seorang diri sambil menggunakan telefon ibunya itu.

Walau bagaimanapun selepas diperhati dengan lebih teliti, terlihat seperti ada satu kelibat misteri yang terdapat dalam video itu.
Jika kita tengok pada bahagian cermin di belakang anak kecil itu, seperti ada sebuah kelibat di depan cermin walhal belakangnya tiada siapa ketika itu. Tapi lepas beberapa ketika, kelibat itu mula hilang.
Rakaman yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia dah mendapat lebih dari 4 juta tontonan.
Watch on TikTok
“Di cermin kek ada cewe”
Menjengah ke ruangan komen, posting pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen. Ramai yang turut perasan serta ada menyatakan seperti kelibat seorang perempuan di situ. Tambah seorang netizen lagi, mustahil itu adalah kelibat orang sebab ia sosok itu seakan betul-betul ada depan cermin.




Smooth je dia hilang ye. Siapa pernah lalui pengalaman mistik dekat sini?
Baca : “Apaa tu!” – [VIDEO] Seram! Gadis Sering Diganggu, Terakam Kelibat ‘Lembaga’ Dalam Rumah