in

[VIDEO] Sedih! Wanita Kongsi Kisah Dia & Adik-beradik Dihalau Dari Rumah Lepas Ibu Meninggal

Dakwa Dihalau Lepas Ibu Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian ahli keluarga terdekat bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita hadam. Lagi-lagi kalau pemergian itu melibatkan ibu bapa kita, pasti kita akan melalui fasa emosi yang tidak stabil.



Banyak peristiwa yang akan berlaku jika kita membiarkan emosi mengawal diri kita tanpa mengambil kira simpati dan budi bicara di antara ahli keluarga.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Tiktok, tentang kisah sedih seorang wanita yang didakwa telah dihalau keluar dari rumah setelah enam tahun lepas pemergian ibunya.

@mashidayu0

Dah nak masok semingu keluar dari rumah yg kami adik beradik membesar..harini baru ada kekuatan share dekt sini buat kenangan..dalam banyak adik2 yg teriak masa nak keluar.paling sedih tengok kakak istimewa saya ni teriak.walaunpon dia istimewa dia paham sangat yg tu hari terakhir dia tengok rumah tu..happy birthday kakak ku murni.doakan bisnes saya dimurahkan rezeki ya

♬ Sound untuk orang yang kuat – Syaz Wani

Dihalau pada hari ulang tahun kelahiran kakaknya..

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna yang dikenali sebagai @mashidayu0, dia menceritakan mengenai kisah dirinya dan adik-beradik yang didakwa telah dihalau keluar dari rumah setelah ibu mereka meninggal.

Selepas insiden itu, dia berjanji untuk tetap berjuang dalam apa jua keadaan sekalipun demi menjaga adik-adiknya sama seperti nyawanya sendiri dan memastikan agar mereka tidak hidup dalam keadaan susah.

“Ayu akan jaga mereka macam nyawa Ayu mak. Ayu janji adik-adik takkan merempat,” tulisnya.

Screenshot 2022 11 24 120707

Lebih menyayat hati adalah apabila perkara tersebut berlaku ketika ulang tahun kelahiran kakaknya yang istimewa itu. Meskipun dia istimewa, dia tahu bahawa itu adalah saat terakhir mereka berada di rumah terbabit, si kakak menangis dan cuba untuk menerima hakikat.

“Dalam banyak adik-adik yang teriak masa keluar, paling sedih tengok kakak istimewa saya ni teriak. Walaupun dia istimewa tapi dia faham sangat yang tu hari terakhir dia tengok rumah tu,” tulisnya di video tersebut.

“Saat ini saya ingat saya ada saudara tapi saya silap…”

@mashidayu0

Replying to @user878740817948 masa ni 2 hari tak boleh tidoq sampai rasa macam nak beli pill tidoq.tapi skrg ni saya tak sedih dah!saya dah move on! Saya tak sedih pasal rumah saya sedih dengan sikap manusia sbb dia bukannya orang luar dengan kami tapii mashaallah.skrg ni saya rasa lapang sangat bila tau perangai2 orang yg rapat rupanya sebegini..

♬ Rumah Singgah – Fabio Asher

Bukan itu sahaja, Ayu turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap individu yang dikatakan tergamak menghalau Ayu dan adik-beradik meskipun mereka mempunyai talian persaudaraan.

“Saya tak sedih pasal rumah, saya sedih dengan sikap manusia sebab dia bukannya orang luar dengan kami tapi MasyaAllah. Sekarang ni saya rasa lapang bila dah tahu perangai orang yang rapat rupanya sebegini.”

Apa kata netizen?

Ruangan komen dipenuhi dengan warganet yang melemparkan kata-kata semangat kepada Ayu dan mendoakan semoga dia dapat menempuhi ujian hidup yang sedang dialaluinya itu.

Screenshot 2022 11 24 112124

Screenshot 2022 11 24 112608

Ayu juga telah memberitahu yang dia masih mempunyai kudrat untuk bekerja dan meminta agar orang ramai tidak tag Ustaz Ebit Lew di mana-mana media sosial.

Screenshot 2022 11 24 120932 1

Semoga akak ni tabah menghadapi ujian dalam kehidupan ini…

Baca : Suami Isteri Dan 6 Anak Dihalau Dari Rumah, Terpaksa Jual Tong Gas & Kipas Untuk Cari Duit Tambang

Ft Kena Halau Oleh Tuan Rumah 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.