Gara-gara sikap tuan rumah yang korup, penyewa yang merupakan pasangan suami isteri beranak 6 terpaksa menanggung akibat selepas mereka dihalau keluar dari rumah sewa.
Menerusi perkongsian di Facebook, dia bersama keluarga dihalau hanya kerana ada tunggakan selama sebulan.
Kena halau sebab tunggakan sewa sebulan, padahal owner rumah yang bermasalah
Kata wanita yang dikenali sebagai Wina Wani, dia terpaksa menebalkan muka untuk minta bantuan daripada saudara.
“Kami kena pindah dalam keadaan tak cukup duit. Cuba cari bilik sewa untuk kami 6 beranak tapi tak ada, hanya ada bilik untuk orang bujang je.”
“Bukan kami tak bayar sewa berbulan-bulan, hanya satu bulan tak bayar. Terus hari-hari datang desak suruh pinjam dengan orang cari duit untuk bayar, sebab kalau tak bayar sewa, dengan dia sekali kena keluar rumah dari tempat itu.”
“Rumah yang kami sewa tu dia sewa dulu, selepas itu dia pindah lain suruh kami duduk sana.”
“Saya pun on saja masa tu sebab dekat dengan sekolah anak, tak penat sangat berjalan jauh. Tapi tak fikir pula jadi macam ni.”
Disebabkan dia diusir, bebanan mereka jadi semakin bertambah kerana suaminya hanyalah seorang buruh, manakala dia hanya bekerja sebagai pembantu di gerai sebelum diberhentikan kerja.
“Nk kerja kat tempat lain susah, kami tak ada kenderaan. Dah cuba niaga dekat dengan rumah tapi modal habis nak pusing.”
Malah, dia juga ada merayu untuk tinggal sementara lagi tapi tak diterima.
“Masa tu saya dan suami tak tahu nak fikir apa lagi. Kami suami isteri sama yatim piatu, suami pula tak ada adik-beradik, ada saudara pun negeri jauh-jauh.”
Bagaimanapun, wanita ini teringat bahawa dia ada sepupu yang duduk di Nilai. Dia terus hubungi sepupunya dan menceritakan hal sebenar, lapor mStar Online.
“Masa tu tak terfikir nak pindah negeri lain sebab anak sekolah mana? Suami cakap tak apa la, kita tak ada pilihan. Kita dekat sini pun orang dah tak sudi.”
Lebih mengharukan lagi, wanita ini terpaksa menjual tong gas dan dua kipas anginnya untuk mencari wang membeli tikat ke Nilai.
Jumlah yang dapat diraih adalah RM 180, itu sahaja barang yang mereka ada dan sepupunya tambahkan duit RM 200 untuk tambang bas.
“Sebab tiket satu kerusi RM45, kami ambil 4 kerusi je sebab fikir anak bayar Grab lagi. Kami keluar malam, saya tak bagi tahu pun tuan rumah tu sebab ayat-ayat pedas masih lagi saya ingat. Macam kami ni hina sangat di mata orang.”
Biarpun kasihan dan sedih melihat anak-anak yang masih kecil, wanita ini bersyukur kerana semua anaknya seperti faham kesukaran yang dihadapi.
“Alhamdulillah sekarang buat sementara waktu kami duduk sewa bilik dekat rumah sepupu, suami pun baru dapat kerja, ada rezeki cari rumah sewa.”
Dalam perkongsian itu, dikepilkan sekali foto beg pakaian dan anak-anak mereka dalam kenderaan awam dan pada waktu dia buat perkongsian ini, ia dah genap sebelum peristiwa itu berlaku.
Bagaimanapun, masih banyak urusan yang harus dibuat kerana anak mereka masih belum bersekolah dan ada urusan di sekolah lama mereka yang harus dibuat.