Untuk orang yang pakai pendakap gigi, mesti tahu macam mana seksa dan sakitnya kan? Lagi-lagi kalau baru pasang atau baru tukar dawai, nak makan pun seksa!
Sebab tu selalunya pemakaian braces ni dibuat bila seseorang individu tu dah bersedia dan atas permintaan dorang sendiri.
Ada je kita tengok ramai budak-budak sekolah yang dah mula pakai braces. Biasanya doktor akan sarankan umur yang sesuai adalah sembilan tahun ke atas. Tapi menerusi video dari seberang ni lain pula ceritanya…
Baru-baru ini, seorang netizen dari Indonesia telah memuat naik video anaknya di TikTok yang telah dipasangkan pendakap gigi walaupun jelas umur anaknya masih sangat kecil. Gigi susu pun tak tanggal lagi weiii
https://www.tiktok.com/@putsho05/video/7123130521206459675?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kelihatan dalam video tersebut, budak yang memakai braces ni memang nampak tak selesa sungguh mulutnya. Hm betul ke pasang ni?
“Kesian dapat mak gini”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan orang tuanya yang membiarkan anak sekecil itu dipakaikan braces.
Rata-rata merasakan tindakan ini melampau dan tak patut dibuat malah ada yang kesian melihat muka kanak-kanak ini macam menahan sakit.

Namun begitu, ada juga netizen yang mengatakan video ini hanyalah filter semata-mata dan tak betul pun…

Harapnya memang betullah filter. Kalau betul memang patut kena tangkap eh mak budak tu!
Baca: Masih Ramai Remaja Tak Serik Pakai ‘Fake Braces’ Meskipun Sudah Tahu Akibatnya

