in

[Video] Perompak Selamba Buka But Kereta, Curi Barang Masa Kereta Nak ‘Reverse’

Thief4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni perompak dan peragut semakin bijak, macam-macam taktik sekarang diaorang buat untuk memperdaya mangsa. Ada pula begitu licik dan tangkas.


Video yang dikongsikan dalam satu group Facebook ini merupakan salah satu contohnya, ada penunggang motorsikal berhenti belakang kereta yang nak reverse di tempat letak kereta, jadi sudah semestinya pemandu tersebut terpaksa berhenti supaya tidak memudaratkan penunggang tersebut.

Tanpa disedari, dengan pantasnya dia buka but kereta ambil barang dan terus cabut lari. Pemandu masa tu memang tak sempat nak buat apa-apa.

Kereta zaman sekarang kan tak payah pakai kunci nak buka but. Berdasarkan perkongsian daripada sumber, kejadian ini berlaku di Bandar Puteri, Puchong.

Mungkin disebabkan terlupa atau belum sempat lock kereta, pemandu itu mudah untuk membuka but kereta dari luar.

Video ini telah mendapat 1.3K jumlah perkongsian di Facebook, rata-rata bimbang dan apabila melihat kejadian seperti ini kerana ia boleh terjadi dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati pentingnya lock kereta sejurus sahaja masuk kedalam bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Bagi mereka,, ramai yang pandang remeh pasal hal ini.

Malah, netizen juga menegaskan betapa pentingnya juga jika kita bawa barang berharga di tempat awam. Elakkan letak barang tersebut di dalam but, sebaliknya letak di bawah kerusi bahagian penumpang.

 

Baca : [Video] Pelik! Burung Merpati “Beku” Terapung Di Awangan Tarik Perhatian Netizen

Merpati

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.