Susulan dengan bencana banjir di Baling, Kedah, MalaysiaGazette melaporkan bahawa Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terpaksa dihenti operasi selama empat jam.
Air mentah terlalu keruh
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, LRA Sungai Dua dihentikan operasi selama empat jam sehingga pukul 12 tengah hari tadi susulan bekalan air mentah dari Sungai Muda keruh akibat banjir tersebut.
“Jadi LRA Sungai Dua turut menghadapi isu yang sama di mana air mentah mempunyai kadar keruhan terlalu tinggi sekali gus menyebabkan operasi rawatan air mentah tercemar dengan selut.”
“Susulan itu, kita terpaksa hentikan operasi loji rawatan tersebut yang mengakibatkan penduduk di beberapa kawasan di negeri mengalami gangguan bekalan air.”
Disebabkan itu, satu video viral dimana ramai penduduk di Penang sedang giat membeli stok bekalan air di sebuah pasaraya, dalam video yang dikongsikan oleh Instagram penangkini itu, dilihat masing-masing borong jumlah air mineral yang banyak.
https://www.instagram.com/tv/CfqhzFKDtwk/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
“Jangan panik. Bertenang. Menurut kenyataan PBAPP Penang , Bekalan Air Di seluruh Pulau Pinang dijangkakan kembali pulih sepenuhnya 12 tengahari esok. (Khamis)”
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengecam tindakan mereka kerana melakukan pembelian panik, malah ada yang faham kerana netizen mendakwa mereka tidak mendapat sebarang notis.
Bagaimanapun, Kon Yeow menyatakan bahawa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengambil tindakan awal dengan mengalirkan air mentah dari Empangan Mengkuang untuk kegunaan penduduk negeri ini.
Jelasnya lagi, air mentah tersebut mampu menampung kegunaan penduduk Pulau Pinang selama 100 hari. Hurm, husnuzon lah mungkin diaorang panic buying sebab nak berniaga kot.