in

[VIDEO] Penduduk Bimbang Warga Asing Didakwa ‘Berpesta’ Di Tengah Jalan Taman Perumahan

Warga Asing Berpesta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video sekumpulan warga asing membuat bising dan bergembira bagaikan sedang ‘berpesta’ di tengah jalan di sebuah taman perumahan pada siang hari telah menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selesa penduduk tempatan.

Video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, @norfapxr301 memaparkan sekumpulan lelaki berlegar-legar di kawasan jalan raya di hadapan beberapa buah rumah.


Dapat dilihat, sebahagaian daripada mereka kelihatan berjalan sambil menari dengan rentak muzik yang dipasang dengan kuat.

https://www.tiktok.com/@norfapxr3o1/video/7193667968281136411

Difahamkan warga asing di situ mendiami beberapa buah rumah di kawasan berkenaan yang dijadikan sebagai asrama pekerja. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Taman Nagasari, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pemilik video mendakwa kebanjiran warga asing di taman perumahan menyebabkan mereka tidak menghormati penduduk tempatan. Katanya, kawasan tersebut sudah tidak terkawal dengan warga asing selamba membuat bising dari pagi hingga malam.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan pihak polis telah pun melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Bagaimanapun siasatan polis mendapati masa dan tarikh tidak dipastikan kerana tiada laporan atau maklumat berkaitan disalurkan.

“Pihak polis sedang merancang dan akan mengambil tindakan lanjut bagi menangani masalah membabitkan warga asing di kawasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, polis mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan dengan menghubungi pihaknya atau berhubung mana-mana balai polis berhampiran.

Baca: “Jangan buat penginapan pekerja asing macam kandang lembu” – Menteri Sumber Manusia

Penginapan Pekerja Asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.