in

[VIDEO] Penampakan Makhluk Seakan Duyung Dirakam, Katanya Di Perairan Johor…Betul Ke?

Viral Ikan Duyung Di Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ikan duyung merupakan makhluk mitos yang diceritakan oleh pelbagai budaya dari segenap pelusuk dunia sejak zaman berzaman. Ramai berpendapat bahawa cerita ini berkemungkinan adalah dari imaginasi para kelasi yang terlihan sirip atau ekor ikan lumba-lumba dan sebagainya.


Menurut mitos Greek, ikan duyung pada mereka adalah makhluk cantik yang mempunyai badan separa manusia, dan separuh lagi adalah binatang seperti burung, namun lebih popular mengatakan separa lagi adalah ikan.

Setakat ini, hal kewujudan ini boleh dikatakan masih misteri selain penemuan bukti melalui video dan lain-lain tidak seperti yang digambarkan.

Waterhouse Ulises Sirenas

Rakaman Duyung Di Johor?

Baru-baru ini, sebuah video penampakan makhluk seakan-akan duyung dikatakan berjaya dirakam oleh pengguna TikTok, dengan nama farralavender dan menerusi rakaman tersebut, dia tidak dapat nak pastikan haiwan yang dirakamnya.

korang tau x apa bnd ni duyung ke ikan ular apa ehh…??”

@farralavenderkorang tau x apa bnd ni duyung ke ikan ular apa ehh…?? ##fyp ##malaysia ##tiktokmalaysia ##laut♬ Now Look at This – Dramatello

Menurut video tersebut, kelihatan dua ekor makhluk yang sehingga artikel ini ditulis masih tidak dapat dikenalpasti oleh ‘Jabatan Netizen’. Ramai berpendapat, ianya nampak seperti makluk mitos tersebut kerana kelihatan seperti ada rambut dan ekor seperti ikan.

Komen Tiktok Duyung Jb

Namun begitu, tidak kurang juga yang mengatakan ianya berkemungkinan besar sejenis memerang yang biasa dilihat bermain di kawasan perairan yang difahamkan sekitar Danga Bay Johor, menurut komen, katanya di Country Garden.

Komen Duyung Viral Jb

Selain memerang, ramai juga yang berpendapat makhluk tersebut merupakan seekor buaya yang baru-baru ini dilaporkan telah dilihat di kawasan Danga Bay.

Min perasan ada video yang zoom lebih dekat, namun masih tak dapat nak pastikan apa binatang tersebut…

Baca : Lampu Kelip-kelip Macam Filem Seram, Lelaki Geram Rupa-Rupanya Kucing Main Lampu

Page 8

Sumber: Audubon
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.