in

[VIDEO] Peminat Sebak Tengok Zamani ‘Didukung’ Untuk Turun Pentas Lepas Habis Buat Show

Ft Zamani Kena Dukung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan penyanyi lagenda Zamani begitu menghibakan, para peminat yang hadir menyaksikan persembahannya dalam sebuah acara di Dataran Rompin, Pahang malam tadi juga turut sebak apabila melihat sendiri di depan mata.


 

“Nak ajak selfie tak sampai hati”

Menerusi perkongsian daripada TikTok @azuraudanggalah, dia ada merakamkan detik-detik yang membuatkan para peminat yang hadir ke Pesta Orkid & Flora di Dataran Rompin malam tadi jadi sebak apabila menyaksikan keadaan Zamani selepas selesai membuat persembahan.

308874153 8119940634746185 2413994764993548480 N

Dalam rakaman video yang berdurasi 27 saat itu, dilihat Zamani ingin turun dari pentas dan dia didukung sambil dipegang oleh beberapa individu untuk turun dari pentas sebelum diiring untuk  ke sesuatu tempat.

Peminat yang sebak melihat keadaannya itu jadi rasa tak sampai hari untuk selfie dengan Zamani dan mendoakan agar Zamani cepat sembuh.

“Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nak ajak selfie dah tak sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani.”

@azuraudanggalah

Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di dataran Rompin.. kebetulan aku ada kt situ dan sempat lh rakam.. nk ajak selfie dh tk sampai hati tgk keadaan dia..semuga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani..#Allahu #sebak #zamanislam_official

♬ Gerimis Mengundang – Album Version – Slam

Dalam satu perkongsian lain, video ini telah meraih lebih daripada 900K jumlah tontonan dan rata-rata netizen kesian melihat keadaan Zamani, mereka mendoakan agar penyanyi lagu Syair Si Pari Pari ini cepat sembuh.

Screenshot 2022 10 11 171526 Screenshot 2022 10 11 171544 Screenshot 2022 10 11 171657 Screenshot 2022 10 11 171715 Screenshot 2022 10 11 171747

Min sendiri sebak bila tengok keadaan Zamani yang masih lagi bekerja walaupun keadaannya sebegitu, mudah-mudahan Zamani dapat menjalani rawatan dengan segera.

Baca : “Terima kasih semua” – Pak Nil Berjaya Kumpul RM55,000 Buat Rawatan Skoliosis Zamani

Pak Nil Sumbang Dana 50K

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.