in

[VIDEO] Niat Nak Bagi Makan Je, Sekali Oyen Lepak Atas Motor Nak Ikut Balik Rumah, Bila Suruh Turun Dia Marah!

Cats 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh kata hampir semua orang sukakan kucing sebab kucing ini seekor haiwan yang boleh tahan manja dan sangat comel. Setiap kucing ada kerenah diorang masing-masing. Ada yang jenis suka tidur, manja, kuat makan, nakal dan banyak lagi.


Tapi, kalau sebut sahaja kucing oyen. Mesti korang sudah boleh agak perangai dia macam mana. Ada je yang benda pelik-pelik si oyen ni akan buat.

 

Niat nak bagi makan je

Ada satu video yang dikongsikan di Tiktok oleh ainulmell pada 19 Mei lalu sehingga mendapat hampir 2 juta tontonan, dia berkongsi cerita tentang dia bagi makan kepada seekor kucing berbulu oren atau lebih dikenali ramai sebagai ‘oyen’.

@ainulmell

Story oyen dan saya for today?#fypシ #fyp #kucingku #oyen

♬ bunyi asal – nadyrashumel – nadyrashumel

Pada asalnya, niat gadis ini cuma nak bagi kucing itu makan sahaja dan terus balik ke rumah. Tapi, lain pula yang jadi bila kucing itu memanjat ke atas motosikalnya sebab tak bagi gadis tersebut balik ke rumah.

Bila disuruh turun, kucing itu buat bunyi bising siap nak cakar lagi. Amboi, marah sangat tu. Gadis itu juga beritahu yang dia terpaksa melayan kerenah kucing itu hampir 30 minit sebelum buat keputusan untuk bawa kucing itu berjalan-jalan naik motor.

Kkk

 

Nak jalan-jalan je sebenarnya

Lepas sampai di destinasi, gadis itu suruh oyen kucing itu turun motosikal tapi dia tak nak juga. Ya Allah degil betul la si oyen ni kan. 

Kebetulan pula dekat tempat gadis ini berhenti, ada seorang pakcik ternampak dia dan oyen atas motosikal. Pakcik itu suruh gadis ini bawa semula kucing itu ke surau balik. Kau ni la kan oyen, kan dah susah kan orang.

Bila sudah sampai di surau semula, kucing itu akhirnya turun daripada motosikal gadis tersebut dan menuju ke dalam surau berkenaan. Dah siapa pula la dia nak kacau dalam surau tu. Jangan dikacaunya orang tengah solat sudah.

Surau

Haih, oyen..oyen..ada je lah perangai pelik dia tau.

 

Sumber: ainulmell

Baca:[VIDEO] Gelagat Oyen Salah Rumah Bikin Dekah, Undur Lepas Kantoi Dirakam

Capture 57

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.