in

[VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Orang Makan Udang ‘Lompat-lompat’

Ft Udang Lompat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan makanan-makanan dari Thailand memang menjadi tumpuan utama dan kegemaran rakyat Malaysia, sampai ada yang sanggup ke negara Gajah Putih itu semata-mata untuk foodhunting.


Bagaimanapun, ada sesetengah menu yang membuatkan ramai tak berani untuk mencubanya kerana mungkin berbeza dengan budaya kita, misalnya macam satu video yang tengah viral ini.

 

Halal ke?

Satu video dari TikTok tular menerusi Twitter menunjukkan ada individu menikmati satu makanan street food yang tengah popular di negara itu, iaitu menu salad bersertakan udang kecil.

Apa yang menjadi tumpuan adalah udang tersebut bukan sahaja dimakan mentah-mentah, ianya masih hidup lagi! Dapat dilihat peniaga ceduk udang tersebut dari dalam akuarium dan terus diletakkan ke dalam bungkusan makanan.

Malah, pelanggan tersebut menikmati udang yang telah dicampur dengan bahan-bahan salad itu secara hidup-hidup.

Bagaimanapun, ia mengundang rasa keraguan netizen kerana udang itu dimakan secara hidup-hidup. Bahkan, ada yang kembang tekak apabila melihatnya serta ada yang pernah mengalami sakit perut selepas memakan menu ini.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan tahap kebersihan makanan itu, kerana udang tersebut diambil dari aquarium tanpa perlu membasuhnya dahulu, ada netizen perhatikan air akuarium itu keruh.

Udang Lompat Udang Lompat 2 Udang Lompat 3 Udang Lompat 4 Udang Lompat 5 Udang Lompat 6

Dalam pada itu, bagi menjawab persolan lain yang netizen bahaskan mengenai hukum memakan haiwan yang masih hidup, isu ini pernah dibahaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dalam  Irsyad Al-Fatwa Siri ke- 409 iaitu Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan Yang Masih Hidup. 

Dirumuskan bahawa hukum memakan dan memasak haiwan yang masih hidup adalah makruh jika tidak mendatangkan kemudaratan. Hurm, rasanya kes lebih kurang sebegini pernah terjadi tak lama dulu, kes yang influencer makan sotong hidup-hidup semasa bercuti di Thailand.

Baca : Kecoh! Influencer Makan Sotong Hidup Semasa Bercuti Di Thailand, Ini Penjelasan Mufti WP

Ft Masya Makan Sotong Hidup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.