in

[VIDEO] Netizen Bengang Tengok Lagak Geng Remaja Main Skuter Elektrik Secara Bahaya Di Taman Rekreasi

Ft Penunggang Skuter Bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan sektor ekonomi dan sosial telah dibuka, pastinya banyak taman rekreasi kini dipenuhi dengan orang ramai terutamanya keluarga yang ingin bersantai untuk dapatkan ‘angin luar’.


Bagaimanapun, lepas orang dah boleh beriadah ramai-ramai ni, timbulah satu masalah apabila ada perbuatan segelintir orang yang membahayakan pengunjung lain.

 

Bawa skuter elektrik laju

Salah satunya adalah satu insiden yang berlaku di sebuah taman rekreasi terkenal di Penang, Persiaran Karpal Singh ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Facebook Penang Kini, dilihat sekumpulan anak muda  mengelilingi seluruh taman rekreasi menggunakan skuter elektrik dengan laju saat ada ramai pengunjung sampaikan orang lain terpaksa berhenti mengejut.

Tindakan mereka itu dikecam oleh pengunjung terutamanya mereka yang ada bawa anak kecil disitu

Mohon yang sewa skuter letrik kat Persiaran Karpal Singh tu, silalah tunggang Dengan Berhemah naa..Bukan semua Tapi segelintir ada duk buat cempera.. Saya risau selalu duk bawa anak Jalan Kaki makan angin situ takut jadi apa-apa.

Posted by Penang Kini on Wednesday, January 19, 2022

“Mohon yang sewa skuter letrik kat Persiaran Karpal Singh tu, silalah tunggang Dengan Berhemah naa..”

“Bukan semua Tapi segelintir ada duk buat cempera.. Saya risau selalu duk bawa anak Jalan Kaki makan angin situ takut jadi apa-apa.”

Rata-rata netizen yang melihat video ini menzahirkan rasa marah dan ada menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka.

 

PDRM sila ambil tindakan – Netizen

Penunggang Skuter Bahaya Penunggang Skuter Bahaya 2 Penunggang Skuter Bahaya 3 Penunggang Skuter Bahaya 4

Ramai juga pengunjung yang pernah alami perkara sama ketika mereka beriadah di kawasan tersebut, ada yang sampai anak mereka hampir-hampir nak kena langgar.

Harap perkara ini dapatlah dibendung kerana boleh membahaya orang lain, kemungkinan boleh meragut nyawa,

 

Baca : “Dah macam hantu!” – [VIDEO] Gadis Bertelekung Main Skuter Malam-malam, Seram Tapi Lawak!

Ft Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.