in

[VIDEO] “Nanti telefon ayah ya” – Sebak Lihat Lambaian Ayah Ketika Anak Dibawa Pergi Menaiki Ambulans

Untitled Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ayah mana yang tidak mengalirkan air mata, tatkala melihat anak bujangnya dibawa pergi menaiki ambulans selepas dijangkiti COVID-19. Tambah menyedihkan, perginya cuma berseorangan tanpa seorang pun waris dibenar menemani.


Cuma lambaian keluarga mengiringi, sambil berpesan di balik tingkap “Nanti telefon ayah ya Wan.”

Rakaman itu dikongsi seorang pengguna Facebook, yang memaklumkan bahawa sepupunya dijangkiti COVID-19.

Posted by Mohd Noorkhezan Bin Hamid on Saturday, March 28, 2020

Dalam rakaman tersebut, seorang remaja lelaki bertopeng muka dilihat membawa baldi dan beg berisi barangan keperluannya sebelum menaiki ambulans sambil diperhatikan seorang petugas kesihatan.

Suara tangisan ahli keluarga lain yang tidak dapat menahan kesedihan, turut kedengaran dengan jelas. Tambah menyedihkan, mangsa turut dilihat menyeka air matanya sewaktu keluar dari rumah sehinggalah ketika berada di dalam ambulans.

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Baru Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Johor.

M 1

Video tersebut kini telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan dan 64k perkongsian di laman Facebook. Manakala rata-rata netizen, turut tersentuh dan mengalirkan air mata sambil mendoakan mangsa diberikan kesembuhan serta-merta.

Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan, amin.

 

Baca: “Dua guru agama masjid setempat hadir himpunan tabligh, ajar kelas agama dan hadir kenduri kahwin” – Ini Kisah Penduduk Simpang Renggam

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.