in

“Dua guru agama masjid setempat hadir himpunan tabligh, ajar kelas agama dan hadir kenduri kahwin”- Ini Kisah Penduduk Simpang Renggam

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dianggarkan sekitar 3,500 penduduk dari 650 keluarga di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang berdepan sekatan menyeluruh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 2 minggu iaitu bermula malam tadi dan dijadual berakhir pada 9 April depan, lapor FMT.


Perkara itu dilakukan selepas pihak berkuasa mengesahkan 61 daripada 83 kes Covid-19 di Kluang adalah dari 2 kawasan tersebut.

“Mereka tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing, walaupun untuk membeli keperluan asas.”

1 25

 

Kami patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan!

Salah seorang penduduk, Intan Nurdiyana Masekh, 26 tahun bagaimanapun menafikan kes itu disebabkan oleh kedegilan masyarakat setempat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

“Ramai yang seolah-olah menyalahkan kami penduduk kampung, dengan menuduh kami degil dan melanggar perintah kawalan,” katanya kepada FMT dalam keadaan berkurung di rumah.

“Selepas perintah kawalan bermula, kampung sunyi. Tak ada orang yang keluar rumah.”

2 19

Didakwa ada 2 guru agama di kampung tersebut hadiri himpunan tabligh

Namun timbul persoalan berhubung laporan 2 guru agama di masjid setempat kampung itu iaitu Masjid Al-Huda yang didakwa menghadiri Himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Dikhabarkan selepas pulang dari himpunan tersebut, kedua guru itu seperti biasa mengajar kelas agama dan imamkan solat di surau di kampung itu.

Malah mereka juga menghadiri kenduri perkahwinan di kampung tersebut.

Jemaah Tabligh

Menurut Intan, dari 16 Mac Kementerian Kesihatan telah periksa seluruh kampung dari rumah ke rumah.

“Mereka memeriksa kad pengenalan kami dan bertanya jumlah anggota isi rumah. Mereka yang paling berisiko dibawa ke pusat kuarantin,”

Semoga mereka baik-baik sahaja, amin

Baca : PERHATIAN! Kes Covid-19 Catat Angka 531,698 Seluruh Dunia, Amerika Kini Atasi China

Featured 14

Sumber: fmt
Sumber: blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.