Kejadian ular masuk ke dalam kediaman bukanlah sesuatu perkara yang baru, lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan dan panas yang tak menentu. Bila terserempak, pastinya semua bertempiaran lari.
Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) sedang cuba menangkap dua ekor ular sawa batik di sebuah rumah di Bentong, Pahang.
Menerusi video tersebut, seorang anggota JPAM cuba menarik ekor ular sawa terbabit sambil seorang lagi memecahkan siling rumah itu. Ketika siling rumah dipecahkan, didapati dua ekor ular sawa batik dipercayai sedang mengawan.
— brgsjks (@brgsjks) February 13, 2023
Dua ekor ular itu ditemui selepas dua beranak terdengar bunyi seakan benda jatuh di bilik sebelah yang mana ketika itu mereka sedang berbincang untuk membeli siling baru kerana sebelum ini telah pecah sedikit, lapor Sinar Harian.
@baju_skoda
“Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.”
Mengulas lanjut, penghuni rumah mengatakan sebelum ini ada kejadian ular masuk kerana ada rumah terbiar berhampiran tapi haiwan itu keluar sendiri.
@baju_skoda
Difahamkan, panjang dua ekor ular sawa itu kira-kira hampir lima meter dan mempunyai berat sebanyak 32 kilogram (kg). Manakala, seekor lagi beratnya mencecah 25 kg dan panjang lebih empat meter.
Anggota JPAM mengambil masa kira-kira 50 minit untuk menangkap dua ekor ular sawa itu menggunakan penjerut.
Baca: Individu Dikecam Netizen Kerana Cuba ‘Adopt’ Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular