Bila zaman dah makin maju ni, memang mana-mana kita pergi memerlukan gajet digital yang memudahkan segala urusan. Nak masuk kedai pun, kena scan MySejahtera… Boleh kata handphone ni dah jadi satu benda yang semua orang wajib ada.
Pun begitu, ada tak mak-mak korang yang akan tegur korang kalau selalu sangat main handphone? Malah ada yang kata punca segala sakit adalah disebabkan handphone. Walaupun ada yang cakap ianya hanyalah mitos, tapi ada satu video di TikTok membuktikan kebenarannya…
Perkongsian video yang dibuat menerusi pemilik akaun @mommyanggunlalala84, yang mana anak lelakinya telah mengalami satu detik cemas kerana mata kanannya berdarah tanpa henti!
@mmyanggun1009 Reply to @irrllylikeurbody #fypシ #fypシ゚viral #fyp #tacotttt #jagamata
Ketika video dirakam, difahamkan anaknya sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan masih lagi mengalami pendarahan walaupun telah dititiskan cecair yang dipercayai ubat untuk meredakan sakit di bahagian mata.
“Punca guna phone lama sangat…”
Selepas selesai mendapatkan rawatan tersebut, pemilik akaun ini menceritakan hal sebenar detik cemas itu berlaku dalam video yang dimuatnaik di akaun yang sama.
https://www.tiktok.com/@mommyanggun84/video/7067468596179488026?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dikatakan ianya berpunca dari penggunaan handphone yang terlalu lama selain belajar dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan mata menjadi penat dan mula jadi radang mata.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa risau mereka terhadap anak-anak kerana mereka menggunakan handphone dengan kerap dalam satu hari.
Tak kurang juga yang turut kongsikan pendapat dan nasihat tentang cara yang sesuai untuk melindungi mata dari mengalami benda yang sama seperti menggunakan cermin mata blue-ray atau anti-blue light.
Tak salah untuk hadap phone atau laptop lama-lama… Asalkan ada gap sekejap dari skrin dalam 10-15 minit pun dah memadai. Semua sayang mata korang kan?
Baca: Tak Ada Handphone Akibat Kebakaran, Suami Isteri Dihalang ‘Guard’ Masuk Premis Sebab Tiada MySJ


