Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Dengan kehangatan aksi Piala Dunia 2022, mungkin ada di antara pelajar sekolah yang mahu menonjolkan bakat mereka ketika bersama rakan-rakan lain.
Bagaimanapun, ada kalanya perkara yang tidak diingini berlaku semasa kita bersuka ria. Sebab tu orang tua selalu berpesan jangan suka sangat nanti menangis…
Baru-baru ini telah tular di TikTok sebuah video, memaparkan beberapa gambar seorang kanak-kanak perempuan yang mukanya kelihatan bengkak dan lebam.
@nurfaizaalangahmad kejadian die sekolah,hari nie..budak tu mintaq maaf,tapi perlu kah saya bawak ketengah budak tu jawab x sengaja,tapi ank2 kata,ank2 x nk main botol tu Dan Ade seorg budak nie Masih degil ttba dia x puas hati dia menyepak botol air yg Ade air terkena mata ank saya,pastu tadi suami saya dah g klinik,klinik kata kena reffer hospital melaka..sebab Ade pendarahan dimata..klinik takut bahaya sebab pendarahan tu boleh merebak,sebab urat mata kan,lg pun anak saya sakit2 kepala berdenyut,adakah saya perlu mengambil tindakan keatas budak tu,walaupun budak tu dah mohon maaf…???? #detik #fyp #abcxyz
Menurut mStar, ibu kepada murid perempuan tersebut, Nurfaiza Alang Ahmad mengakui terkejut apabila melihat mata anak sulungnya itu, Nurul Asyura Nazri yang bengkak ketika mengambil tiga anaknya dari sekolah.
Nurfaiza berkata, pada awalnya mereka bertiga sedang bermain bersama seorang murid lelaki dan secara tiba-tiba murid tersebut bertindak menyepak botol mineral selepas ketiga-tiga anaknya itu tidak mahu meneruskan permainan kerana menunggu ketibaannya.

“Anak-anak saya dah tak mahu bermain, mungkin dia rasa geram dan tak puas hati.. dia sepak botol mineral berisi air tu ke arah anak-anak saya dan tak sangka terkena pada si kakak yang masa tu nak duduk,” ujarnya.
Malah tambahnya, sejak insiden itu berlaku, Asyura sering mengalami sakit kepala dan hanya tidur bagi menahan kesakitan.
Dia juga telah meluahkan rasa bimbang jika terdapat risiko lain termasuk jangkitan kuman yang mungkin berlaku pada mata anaknya itu, jika pendarahan itu merebak.
Bukan kali pertama mereka dicederakan

Walaubagaimanapun, murid lelaki terbabit telah meminta maaf kepada anaknya, namun bagi Nurfaiza, dia tidak dapat bertoleransi dengan kejadian itu.
Nurfaiza turut mendakwa murid lelaki tersebut pernah bertindak agresif terhadap anak-anaknya seperti memukul dan menyepak anggota badan mereka.
Susulan kejadian itu, laporan polis juga telah dibuat pada Ahad selepas mengambil kira pandangan ahli keluarga lain.
Ishhh mungkin gurau dia keterlaluan.. apa pun semoga adik Asyura cepat sembuh!
Baca : Gara-gara Suruh Pelajar Darjah 6 Panggil Daddy, Guru 52 Tahun Dikenakan Tindakan Undang-undang

