in

[VIDEO] Lelaki Tiba-tiba Azan Lepas Lihat Wanita Mengamuk Di Kedai Makan

Ngamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Emosi manusia adalah sesuatu yang sangat tidak boleh dijangka, kadang-kadang terlalu gembira sehingga menangis tetapi boleh juga tiba-tiba mengamuk dan timbulkan pergaduhan.

Sebuah video yang kini tular di Facebook, dimana terdapat perbalahan sehingga ada adegan tengking-menengking di sebuah kedai makan.


https://www.facebook.com/inforoablock/videos/516992669789816/

Video tersebut menunjukkan terdapat beberapa orang wanita yang sedang bergaduh dan ada berbalas jeritan.

Apa yang menarik perhatian adalah, keadaan menjadi huru-hara tanpa diduga tiba-tiba seorang lelaki melaungkan azan. Perkara itu menarik perhatian netizen dan ramai yang menganggap lelaki itu bertindak sebegitu kerana ingin meleraikan pergaduhan tersebut.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan pemilik video itu berkata, lelaki tersebut hanya sempat melaungkan azan separuh sahaja kerana mungkin cara itu tidak berkesan untuk menenangkan wanita yang sedang mengamuk itu.

Dalam laporan yang sama, dikatakan seorang wanita tampil menjelaskan kejadian sebenar dalam ruangan komen video tersebut disebabkan dia turut berada di tempat kejadian.

Menurutnya, wanita yang mengamuk tersebut telah memesan roti mozarella terlebih awal, namun pelanggan di meja sebelahnya menerima pesanan roti nan kosong terlebih dahulu sedangkan mereka tiba lebih lewat daripadanya.

Pada mulanya pelanggan wanita berkenaan hanya menegur dengan cara baik, namun tidak dipedulikan oleh pihak peniaga sehingga menimbulkan perbalahan.

Fuh, sampai macam tu sekali eh…

Baca: Viral Kak Long Mengamuk & Minta Maaf Lepas Kena Kecam, Wakil 7E Dedah Kejadian Sebenar!

Untitled Design 2022 03 18T155034.830

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.