Bagi segelintir orang, kemeriahan perayaan Aidilfitri perlu diraikan dengan pakaian serba baharu.
Begitu juga dengan seorang usahawan ini yang sanggup membelanjakan kira-kira RM60,000 untuk membeli kain bagi menjahit sendiri 120 pasang baju raya sempena Aidilfitri tahun ini.
Video yang dimuat naik Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, memaparkan isterinya menggayakan baju raya yang begitu meriah telah menarik perhatian orang ramai.
@syed.fatin.jaeden.haifa jom jalan2 raya , ini lah baju raya pertama kami harini simple2 jer , tema lip lap hari raya , abam jahit dan letak lampu lip lap kat baju abam, isteri dan anak2 🥰 ini lah yang abam mampu untuk buat tahun ni untuk ceria di aidilfitri🥰 alhamdulillah terima kasih ya Allah atas semua rezeki … dan disebabkan bibik abam bnyk membantu kami utk uruskan rumah dan macam2 , abam buat kan sekali baju istimewa buat nya dan wife abam bagi pakai barang2 emas nya untuk bagi bibik merasa pakai , tapi wife minta izin kat abam dulu sebab barang2 tu kan abam yang beli untuk wife , abam izinkan sebab bibik bnyk bantu kami ,terima kasih bibik , selamat hari raya aidilfitri buat semua 🥰 salam sayang dari kami sekeluarga utk semua
Difahamkan, kesemua baju raya tersebut dijahit khusus untuk dirinya, isteri dan dua anak mereka dengan setiap seorang akan menggayakan 30 pasang baru raya sepanjang Syawal.
“Saya tak rasa membazir kerana bekerja kuat selama ini untuk kongsi rezeki dengan isteri dan anak jadi mahu sentiasa menggembirakan mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Persiapan dibuat sebelum Ramadan
Menurutnya, ia adalah tahun keempat dia menyiapkan baju raya untuk keluarganya sejak 2020 dan sudah membuat persiapan sebelum Ramadan lagi.
Kata Syed, pemilihan dan pembelian kain dibuat enam bulan sebelum Aidilfitri dan kesemua baju raya itu siap sepenuhnya awal Ramadan lalu.
“Tahun ini, bajet agak tinggi sedikit kerana menggunakan kain renda, chiffon, songket, brocade, valentino, sequin dan lain-lain lagi yang berkualiti tinggi.
“Rekaan baju dihasilkan juga berbeza berbanding tahun sebelum ini terutama pada raya pertama kerana menggunakan kain renda, bunga tiga dimensi (3D) dan lampu sebagai elemen untuk menyerlahkan penampilan pakaian kami sekeluarga,” katanya.
Walaupun dilihat berbelanja besar, Syed menganggap pelaburannya berbaloi dan bukan sia-sia. Tambahnya, segala penat lelah menjahit semua pakaian itu hilang selepas melihat isteri dan anak-anaknya memakai pakaian hasil jahitannya.
Dah buat persediaan baju raya untuk tahun depan
Dalam pada itu, Syed juga memberitahu turut menjahit tiga pasang baju raya untuk pembantu rumahnya.
Katanya, dia telah membeli kain untuk baju raya tahun hadapan ketika jualan murah semasa Ramadan lalu dan tidak sabar untuk menghasilkan rekaan yang lain pula.
Wow, meriah betul baju raya keluarga ni ya!
Baca: Polis Buru Mat Motor Berbaju Melayu, Payung Aksi ‘Wheelie’ Berbahaya Di Kota Bharu