in

[VIDEO] Lelaki Diintai Budak Kecil Masa Nak Buang Air Dekat Tandas Awam

Ft Budak Keciil Intai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika lelaki ini berada di tandas awam sebuah pasaraya terkemuka selepas makan di sana, dia secara tak sengaja mula perasan bahawa dia telah diintip oleh seseorang dari bawah lantai.

Apa yang peliknya, si pengintip itu dilihat seperti mengelilingi bilik tandas yang lelaki ini masuk, dia juga katanya telah diintip dari tepi dan di hadapan bawah ruang yang ada di pintu tandas itu.


Artikel Berkaitan : Netizen Terharu Tengok Kakak Sulung Intai Adik Bongsu ‘1st Time’  Kerja

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Lelaki Kantoi Intai Wanita Dalam Tandas Stesen Minyak, Sempat Rakam Guna Telefon

Lebih mengejutkan lagi, pengintip itu adalah kanak-kanak bawah umur, biarpun rasa musykil menyelubunginya, lelaki ini hanya berbaik sangka yang mungkin kanak-kanak itu sedang mencari ayah atau abangnya.

@auzwhynot

Awasi anak2 Anda yer…Nasib baikk smpat buka sluar je n cepat perasan kalau tak percuma kau tgok wayanggg freee dik….nasib budak..kalau tak mmg aq sepak je kapala kau tadi…cuma pkir kan budak2 kot dia cari ayah dia ke abg dia kee tapi mkin pelik pulak sampai semua lubang kt situ kau tonggeng ngintai dek..isisisiaisi risauu besaa jdi pengintip bersiri… #fyp#fypviralシviral #fypage #fypシ #masukberandafyp #awasianakanda #toiletkepalaorang

♬ bunyi asal – BINGBO👀 – AUZNIE😈

Dalam video yang telah meraih lebih daripada 1.8 juta berkenaan, ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki ini tidak melindungi diri seperti memarahi kanak-kanak itu, menyiram air dan sebagainya.

Menurut lelaki ini, dia ada melakukan perkara sedemikian tetapi ia tidak dirakam kerana dia enggan  tunjukkan muka kanak-kanak tersebut.

Malah kalau ikutkan hati, dia memang mahu saja memarahi budak kecil tersebut, tetapi dia mahu menjaga air muka ahli keluarganya dan aib mereka. Jelas lelaki ini, ketika dia keluar dari tandas, budak kecil tersebut bergegas keluar dan terus menuju ke arah keluarga mereka.

Screenshot 2023 11 27 143604

Dengan kenyataan ini, ada netizen menjelaskan bahawa dirinya perlu memberitahu hal ini kepada orang tuanya untuk membendung daripada perkara ini terjadi kepada orang lain.

Haish macam-macam perangai ye budak zaman sekarang. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.