Ayam kalau dilihat secara fizikalnya, langsung tidak menakutkan dan tiada ciri-ciri yang menampakkan haiwan ini ‘gangster’. Tetapi lain pula yang terjadi dalam video ini apabila ayam ini dengan berani ‘hambat’ seekor anjing selepas disergah haiwan itu.
Aksi kejar mengejar antara dua haiwan itu sangat lucu untuk ditonton kerana ayam itu kelihatan benar-benar marah selepas disergah seperti itu. Anjing yang ketakutan berlari mengelilingi timbunan kayu untuk melarikan diri dari ayam tersebut.
You'd think you'd only see this on cartoons ?
?: tammy.sattler16/ #InternationalDogDay pic.twitter.com/sGEQev5loW
— The Sun (@TheSun) August 26, 2020
Video berdurasi 33 saat itu yang sehinga kini mencecah hampir 15 ribu views di twitter membuatkan ramai netizen terhibur dengan gelagat ayam dan anjing tersebut.
Video lucu tentang seekor anjing dan ayam ini sebenarnya dimuatnaik oleh The Sun bagi menyambut hari anjing sedunia pada 26 Ogos setiap tahun.