in

[Video] Lalu Bawah Keranda Jenazah, Inilah Tradisi Brobosan – Bentuk Penghormatan ‘Terakhir’ Masyarakat Jawa

Ft Lalu Final

Tular baru-baru ini di media sosial sebuah rakaman video yang memperlihatkan beberapa individu berkemungkinan ahli keluarga si mati sedang berjalan berulang-alik lalu di bawah keranda jenazah sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Apa sebenarnya yang dilakukan mereka? Ritual ke? 

 

Lalu berulang kali bawah keranda jenazah

Klip video itu telah dimuat naik menerusi sebuaah laman Instagram yang memperlihatkan suasana di sebuah tapak perkuburan dimana terdapat beberapa orang wanita termasuklah kanak-kanak lalu di bawah sebuah keranda berisi jenazah bukan setakat sekali, malah berulang-ulang kali.

Kejadian ini difahamkan berlaku di Indonesia dimana salah seorang netizen telah mendedahkan bahawa itu sebenarnya adat masyarakat Jawa yang dikenali sebagai “Brobosan” bertujuan untuk memberi penghormatan yang ‘terakhir’ buat jenazah. 

Memetik portal tempatan, tradisi Brobosan ini masih dilakukan oleh masyarakat Jawa ketika upacara kematian. Brobosan membawa maksud ‘menerobos’ iaitu jalan berulang-alik sebanyak 3 kali di bawah keranda yang sedang diangkat tinggi-tinggi. Mereka perlu berjalan bermula dari sebelah kanan, kemudian ke sebelah kiri, ke depan sehinggalah kembali semula ke sebelah kanan.

Bukan setakat itu, terdapat juga wakil keluarga akan memberi kata-kata yang mengandungi ucapan meminta maaf bagi orang yang telah meninggal dunia itu sekiranya semasa hidupnya pernah membuat salah. Ucapan ini akan diakhiri pula dengan doa dan Brobosan.

 

Untuk merelakan pemergian jenazah

Brobosan ini bukan setakat ‘menjunjung tinggi’ dan mengingat jasa orang yang telah meninggal dunia itu, tapi bertujuan juga agar keluarga yang masih hidup itu dapat melupakan kesedihan yang mendalam.

Setiap ahli keluarga akan berkumpul dan melakukan ritual ini sebagai perpisahan terakhir sebelum jenazah dikebumikan dengan harapan mereka yang ditinggalkan ini akan berasa reda dan merelakan kepergian si mati.

Selain itu, masyarakat Jawa ini juga percaya ritual ini akan mendapat ‘berkat’ atau ‘tuah’ daripada orang yang telah meninggal dunia itu. 

 

Untuk umur panjang

Kononnya bila seseorang yang meninggal itu mempunyai umur panjang, maka umur panjang tersebut kelak akan mempengaruhi pula umur ahli keluarganya yang lain. Contoh, jika si mati itu meninggal dunia ketika berumur 100 tahun, maka ahli keluarga yang lain juga akan meninggal dunia dalam lingkungan usia tersebut. 

Begitu juga sekiranya orang yang meninggal dunia itu berilmu tinggi, maka ilmunya itu juga dipercayai akan menurun pula kepada orang yang melakukan ritual Brobosan ini.

Ritual ini hanya dilakukan kepada jenazah ahli keluarga yang sudah tua sahaja, Sekiranya Brobosan ini dilakukan kepada jenazah kanak-kanak atau remaja, maksudnya keluarganya juga akan mempunyai nasib yang sama iaitu meninggal dunia ketika usia masih muda.

Klip video yang dimuat naik ini berjaya meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menganggap ritual ini hanyalah mitos dan tidak wajar dilakukan dalam agama Islam. Namun, tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah melakukan ritual Brobosan ini ketika ahli keluarga meninggal.

Mitos atau fakta? Wallahualam, berbaliklah kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya. Ajal, jodoh, pertemuan semua di tangan Allah. 

Baca: “Sampai jatuh nak pegang keranda” – [VIDEO] Ulama Indonesia Meninggal, ‘Tracing’ Besar-Besaran Dilakukan Lepas Ribuan Orang Dilihat Berkumpul 

Baca Keranda