in

“Sampai jatuh nak pegang keranda” – [VIDEO] Ulama Indonesia Meninggal, ‘Tracing’ Besar-Besaran Dilakukan Lepas Ribuan Orang Dilihat Berkumpul

Ft Ulama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian ulama Indonesia, Habib Hasan Assegaf semestinya memberi kesan yang besar dan meruntun jiwa ramai pengikutnya terutamanya di negara itu sendiri. Almarhum menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di National Hospital Surabaya, pada 27 Disember 2020.


Jenazah Almarhum kemudian dibawa ke Kompleks Masjid Jami’ Al-Anwar, Kota Pasuruan untuk disolatkan dan dimakamkan di situ. Namun, tanpa disangka rupa-rupanya ribuan rakyat dilihat berkumpul di perkarangan masjid untuk turut serta solat jenazah selain memberi penghormatan terakhir.

Test

Test2

Menurut Kompas, ratusan ribu orang berkumpul dan mengerumuni keranda ketika jenazah dibawa masuk ke dalam masjid. Melalui rakaman video yang viral di media sosial, mereka yang membawa keranda dikerumuni ribuan orang yang cuba sedaya upaya untuk menyentuh keranda sehinggakan ada yang sampai terjatuh ketika cuba berbuat sedemikian.

Bukan itu saja, pagar dan papan informasi di depan masjid juga dilaporkan roboh akibat terlalu ramai dan padat. Jumlah orang yang berkumpul di masjid itu sangat membimbangkan dan dikhuatiri akan mencetuskan kluster baru.

Test4

Test6

Test3

Justeru, polis daerah Jawa Timur dan pemerintah daerah itu dan beberapa pihak berwajib yang terbabit kini sedang giat melakukan pengesanan kontak rapat bagi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 di daerah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah, Inspektor Jendral Nico Afinta, pihak perubatan terlebih dahulu telah melakukan ujian terhadap keluarga Almarhum semalam.

Ketika ini sedang pandemik Covid-19, jadi berkumpul sangat dilarang untuk menghindari penyebaran Covid-19. Disebabkan itulah, kami (polis) mengarahkan pasukan khas untuk mencari (kontak).”

Test1

Selepas ini, (pihak polis), pemerintah daerah, agensi berkaitan serta Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan melakukan tracing besar-besaran.”

Tonton video di bawah:

Menurutnya lagi, pihaknya sedia maklum Almarhum sememangnya figura yang disenangi dan dihormati ramai rakyat seluruh Indonesia daripada pelbagai status. Meskipun begitu, dia berpesan agar orang ramai menerima berita sedih itu dengan tenang dan faham dengan keadaan pandemik Covid-19 ketika ini.

Baca: Baru Kecoh Pasal Wedding Drive-Thru, Satu Lagi Majlis Kahwin Anak Ku Nan Tiada Penjarakan Fizikal?

Ft Kunan

Sumber: Detik
Sumber: KOMPAS
Sumber: Detik
Sumber: Jatim Now
Sumber: Detik
Sumber: KOMPAS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.