in

[Video] Kucing Jatuh Dari ‘Langit’ Hempap Kepala Warga Emas Hingga Tak Sedarkan Diri & 23 Hari Warded Kat Hospital

Gambar Hiasan 2 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas di China mengalami detik-detik cemas apabila seekor kucing dari ‘langit’ jatuh betul-betul di atas kepalanya sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri,


Menurut The Sun, pada awalnya, lelaki tua itu dilihat sedang berjalan bersama anjing peliharaannya di wilayah Heilongjiang, namun, tiba-tiba seekor kucing yang ‘terbang’ entah dari mana ‘menghempap’ kepala warga emas itu.

Ezgif.com Video To Gif 24

Kucing itu kemudian beredar dari situ dan duduk di satu sudut bangunan, manakala warga emas tersebut pula dilihat tersungkur di lantai dan tidak bergerak.

Namun, apa yang membuatkan netizen kagum apabila anjing peliharaanya telah sedar bahawa pemiliknya tidak sedarkan diri, anjing tersebut mencari kucing itu kembali dan seolah-olah menyalahkannya.

6 1

 

Walau bagaimanapun, warga emas yang telah dirawat di hospital selama 23 hari itu dilaporkan sudah pulang kerumahnya namun memakai pendakap leher bagi menyokong tengkuknya. Dia juga dilaporkan terpaksa menjalani perubatan fisioterapi.

A6K9Omr 700B

 

Kucing itu turut telah dikenal pasti sebagai haiwan peliharaan jiran warga emas terbabit dan dilaporkan jatuh dari balkoni apartmennya.

Jirannya tidak menyedari kucingnya hilang sehingga orang lain memaklumkan bahawa kucing itu telah jatuh dari balkoni.

Namun, campur tangan pihak berkuasa berkenaan kes ini masih belum beketahui.

 

Baca: Alasan amik kucing tu sbb dia kotor? [Video] Gadis Kantoi Curi Kucing Guna Perkhidmatan Kereta Sewa

1Q 1

Sumber: Mothership
Sumber: Youtube
Sumber: Harbin TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.